Tracker Sumud Flotilla – [LIVE] Penjejak Kapal ke Gaza

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tracker Sumud Flotilla membolehkan orang ramai mengikuti secara langsung perjalanan kapal misi kemanusiaan ke Gaza, termasuk lokasi semasa, laluan pelayaran dan anggaran masa ketibaan. Ia juga menggalakkan solidariti global dengan memudahkan orang ramai menyokong perjuangan rakyat Palestin. Akses ke tracker ini boleh dilihat secara langsung melalui pautan di sini: https://mapim-magic.vercel.app/sumudnusantara. Manakala bagi menjejak kapal Thousand Madleens dan Concsience yang kini membawa gelombang ketiga Sumud Flotilla, anda boleh ke pautan berikut: https://freedomflotilla.org/ffc-tmtg-conscience-tracker/

Apa itu Tracker Sumud Flotilla & Sumud Nusantara

Tracker Sumud Nusantara ialah inovasi teknologi hasil usaha sukarelawan MAPIM yang membolehkan masyarakat dunia mengikuti secara langsung perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Dibangunkan dalam tempoh hanya empat hari, sistem ini bukan sekadar memaparkan kedudukan kapal dan bekalan bantuan, malah membangkitkan rasa kekitaan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, berkata tracker ini menjadikan orang ramai seolah-olah turut serta dalam misi tersebut dan menyedarkan dunia tentang realiti yang dihadapi Gaza.

Flotilla ini biasanya terdiri daripada pelbagai kapal yang membawa aktivis, bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain, dengan tujuan untuk menembusi sekatan laut yang dikenakan oleh rejim Israel ke atas Gaza.

Melalui platform Tracker Sumud Flotilla, orang ramai dapat mengikuti kedudukan semasa kapal secara masa nyata, mengetahui maklumat terkini tentang perjalanan mereka, serta memahami cabaran yang dihadapi sepanjang misi.

@501awani

Berikut merupakan visual terakhir rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kapal-kapal Freedom Flotilla Coalition sebelum dipintas tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
TERKINI : Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Ketika kejadian, kesemua kapal itu berada di perairan antarabangsa berhampiran Gaza. (Sumber: Astro Awani)

Satu sidang media berhubung perkembangan terkini akan diadakan di ibu pejabat MyCare di sini pada jam 12 tengah hari ini.

Ikuti perkembangan terkini Misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza secara langsung melalui Youtube Astro Awani

Semakan Tracker Global Sumud Flotilla / Sumud Nusantara

Anda boleh menyemak lokasi semasa kapal misi kemanusiaan Sumud Nusantara yang membawa rakyat Malaysia ke Gaza melalui pautan berikut: https://mapim-magic.vercel.app/sumudnusantara

Kelebihan Tracker Sumud Nusantara:

Berikut perkara menarik tentang Tracker Sumud Nusantara :

  • Garis masa pelayaran – Membolehkan pengguna melihat keseluruhan perjalanan kapal dari awal hingga ke destinasi.
  • Data kedudukan terkini setiap 15 minit – Memberi maklumat masa nyata tentang lokasi kapal secara tepat dan terperinci.
  • Zon perjalanan kapal – Menunjukkan kawasan atau zon semasa kapal berada bagi memudahkan pemantauan.
  • Anggaran masa ketibaan – Membolehkan pengguna mengetahui berapa lama lagi kapal akan tiba di destinasi.
  • Paparan interaktif dan mesra pengguna – Memudahkan sesiapa sahaja mengikuti perkembangan misi dengan jelas.
  • Simbol kesepaduan global – Menyatukan masyarakat dunia dalam menyokong misi kemanusiaan ke Gaza.
tracker sumud flotilla
Paparan tracker terkini diambil pada : Jumaat (3 Oktober 2025), jam 4.06 petang

No More Silence. No More Siege.

Semakan Tracker Freedom Flotilla – Thousand Madleens & Conscience

Bagi menjejak kapal Thousand Madleens dan Concsience yang kini membawa gelombang ketiga Sumud Flotilla, anda boleh ke pautan berikut: https://freedomflotilla.org/ffc-tmtg-conscience-tracker/

Tracker ini dibangunkan melalui laman web rasmi Freedom Flotilla Coalition (FFC). Melalui laman web tersebut, anda juga akan dapat memantau cctv yang dimuatnaik pada sudut tertentu kapal itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kapal Conscience dan Thousand Madleens, sila rujuk https://freedomflotilla.org/faq/

Gelombang Ketiga Global Sumud Flotilla (Delegasi Malaysia di atas Kapal Conscience & Umm Saad)

Kapal Conscience bersama aktivis, doktor, wartawan dan sukarelawan dari lebih 20 negara kini berlayar menuju Gaza, membawa ubat-ubatan, makanan bayi, serta harapan rakyat dunia untuk memecah sekatan haram Israel.

Malaysia tampil sebagai antara delegasi terbesar selepas Turkiye, dengan 9 aktivis termasuk 4 doktor dan seorang wartawan berada di barisan hadapan misi ini.

Pada 27 September 2025 lepas, sebanyak 10 bot telah berlepas dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025..

Pada 27 September 2025 lepas, sebanyak 10 bot telah berlepas dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025.

Antara delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini:

Kapal layar Umm Saad (TMTG)

  • Puan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)
  • Dr Maziah binti Mohammad (Doktor Perubatan)

Kapal Conscience

  • Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi Malaysia)
  • Dr Fauziah Hassan (Doktor Perubatan)
  • Dr Hafiz Sulaiman (Doktor Perubatan)
  • Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor Perubatan)
  • Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan ASTRO Awani)
  • Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah)
  • Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)

Senarai Delegasi Malaysia yang Ditahan (Gelombang Kedua)

Delegasi Malaysia telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa pada 2 Oktober 2025:

A – KAPAL ALMA – 3pagi

  • Iylia Balqis
  • Musa Nuwayri
  • Sul Aidil

B – KAPAL SIRIUS – 4pagi

  • Haikal Abdullah
  • Muaz Zainal
  • Zulfadhli Khairudin
  • Rusydi Ramli

C – KAPAL HUGA – 5.54pagi

  • Zizi Kirana

D – KAPAL GRANDE BLU – 8pagi

  • Norfarahin Romli (Farah Lee)
  • Danish Nazram

E – KAPAL HIO – 10pagi

  • Heliza Helmi
  • Hazwani Helmi

F – KAPAL FREE WILLY – 2.30ptg

  • Hareez Adzrami (Haroqs)
  • Haikal Luqman
  • Dr Taufiq Razif

G – KAPAL ESTRELLA Y MANUEL – 9.45mlm

  • Rahmat Ikhsan (PU Rahmat)
  • Mohd Asmawi
  • Norazman Ishak
  • Norhelmi Ab Ghani

H. KAPAL MIKENO – 10.05mlm

  • Nurul Hidayah (Ardell Aryana)

I. KAPAL FAIR LADY – 11mlm

  • Muhammad bin Abdullah (Ust Mad Kecik)
  • Zainal Rashid Awang (ZRA)

J. KAPAL INANA – 11.16mlm

  • Razali Awang

Alhamdulillah, seramai 23 aktivis kemanusiaan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Zionis ketika menyertai Misi Global Sumud Flotilla disahkan selamat tiba di Istanbul, Türkiye, pada 4 Oktober 2025, sekitar jam 8.40 malam waktu Malaysia.

Ketibaan mereka disambut oleh wakil Kedutaan Besar Malaysia di Türkiye dengan kerjasama Wisma Putra dan Kerajaan Türkiye yang memastikan semua urusan pelepasan serta kebajikan mereka berjalan lancar.

Menurut Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery, kesemua aktivis berada dalam keadaan baik dan stabil selepas melalui proses tahanan yang panjang. Beliau turut memaklumkan bahawa mereka akan bermalam di Istanbul atas jemputan rasmi kerajaan Türkiye sebelum dijadualkan pulang ke tanah air menerusi penerbangan Turkish Airlines.

Soalan Lazim Tracker Sumud Flotilla

1. Apa itu Tracker Sumud Flotilla?

Tracker Sumud Flotilla ialah sistem penjejak dalam talian yang membolehkan orang ramai mengikuti perjalanan kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) secara masa nyata. Ia memaparkan kedudukan kapal, laluan pelayaran dan perkembangan misi menghantar bantuan ke Gaza.

2. Siapa yang membangunkan sistem ini?

Sistem ini dibangunkan oleh sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam masa hanya empat hari sebagai inisiatif untuk menghubungkan masyarakat dunia dengan misi kemanusiaan ke Gaza. Selain itu, Tracker Thousand Madleens dan Conscience juga boleh diakses oleh semua, di mana ia dibangunkan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC).

3. Apa tujuan utama tracker ini?

Tujuan utama adalah untuk memberi maklumat tepat dan terkini tentang perjalanan kapal misi bantuan ke Gaza, di samping meningkatkan kesedaran dan rasa solidariti masyarakat global terhadap nasib rakyat Palestin.

4. Apakah maklumat yang boleh saya lihat dalam tracker ini?

Melalui tracker ini, anda boleh melihat:

– Kedudukan terkini kapal setiap 15 minit.
– Laluan pelayaran dan garis masa perjalanan.
– Zon pelayaran kapal.
– Anggaran masa ketibaan ke destinasi.

5. Bagaimana cara untuk mengakses Tracker Sumud Flotilla?

Anda boleh mengakses tracker ini secara percuma melalui pautan rasmi: https://mapim-magic.vercel.app/sumudnusantara menggunakan telefon pintar, tablet, atau komputer.
Bagi menjejak kapal Conscience dan Thousand Madleens (gelombang ketiga), sila ke pautan https://freedomflotilla.org/ffc-tmtg-conscience-tracker/

6. Mengapa tracker ini penting?

Tracker ini penting kerana ia bukan sekadar alat pemantauan, tetapi juga simbol kesepaduan dan sokongan global terhadap misi kemanusiaan. Ia membolehkan orang ramai merasai seolah-olah turut serta dalam misi membantu rakyat Gaza.

7. Adakah tracker ini dikemas kini secara automatik?

Ya, sistem ini dikemas kini secara automatik setiap 15 minit, membolehkan anda mengikuti perkembangan terkini kapal secara langsung.

8. Adakah tracker ini hanya untuk rakyat Malaysia?

Tidak. Walaupun tracker Sumud Nusantara dibangunkan oleh MAPIM Malaysia, tracker ini terbuka untuk seluruh masyarakat dunia yang ingin mengikuti perkembangan misi kemanusiaan ke Gaza. Tracker Thousand Madleens dan Conscience juga boleh diakses oleh semua.

Baca juga: Global Sumud Flotilla – Misi Kemanusiaan ke Palestin

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut