Toyota Hilux EV Malaysia – Spesifikasi, Rekabentuk, Varian, Harga

toyota hilux ev malaysia
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Toyota Hilux EV akhirnya tiba di pasaran Malaysia sebagai model elektrik pertama dalam sejarah legenda pikap tahan lasak ini, menandakan langkah berani UMW Toyota Motor memasuki era elektrifikasi kenderaan perdagangan.

Dilancarkan secara rasmi pada 2 April 2026, Hilux elektrik ini bukan sekadar varian baharu tetapi juga menjadi model perintis bagi generasi kesembilan Hilux yang dikenali sebagai “Travo” di Thailand.

Pikap elektrik ini dijual pada harga RM226,300 di Semenanjung Malaysia untuk pendaftaran persendirian individu, menjadikannya antara kenderaan elektrik pertama dalam segmen pikap yang ditawarkan secara rasmi di negara ini.

Bagi peminat kereta 4×4, soalan pertama yang bermain di minda pastilah adakah pikap ini cukup berkuasa seperti kereta pikap Hiilux yang menggunakan diesel?

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk luaran, Toyota Hilux EV menampilkan identiti tersendiri yang membezakannya daripada versi diesel konvensional.

Bahagian hadapan didominasi dengan lampu LED yang nipis dan lampu siang berbentuk C yang memberikan penampilan lebih futuristik, namun ciri paling ketara adalah ketiadaan gril depan kerana tiada keperluan untuk penyejukan enjin pembakaran dalaman.

Bumper berbentuk X yang lebih agresif membingkai bahagian bawah yang menonjol dengan lampu kabus LED dan plat gelincir perak, memberikan imej truk yang lebih kasar dan tegap.

Reka bentuk heksagon diulang pada kebir fender yang lebih bersudut, manakala bahagian belakang membawa lampu ekor segitiga baharu dengan ekor membalut yang menyerupai gaya Ford F-150 dari Amerika Syarikat.

Untuk memaksimumkan jarak pemanduan yang terhad, Hilux EV dilengkapi dengan rim aloi 17 inci reka bentuk aerodinamik dua ton khas EV.

Spesifikasi

spesifikasi toyota elektrik

Dari aspek spesifikasi teknikal, Toyota Hilux EV menggunakan platform rangka tangga IMV yang sama sejak generasi ketujuh, tetapi dikuasakan oleh sistem dwi-motor yang menghantar kuasa ke semua roda.

Motor depan menghasilkan 112 PS dan 205 Nm tork, manakala motor belakang menghasilkan 176 PS dan 268 Nm tork, menjadikan jumlah keluaran sistem keseluruhan sebanyak 196 PS atau 144 kW.

Kedua-dua motor ini dikuasakan oleh bateri lithium-ion NMC berkapasiti 59.2 kWh dengan 80 sel yang disepadukan dalam casis rangka tangga, pendekatan yang membolehkan Toyota mengekalkan kekuatan dan ketahanan yang diharapkan daripada Hilux walaupun dengan sistem pacuan elektrik sepenuhnya.

Dari segi keselamatan, Toyota Hilux EV dilengkapi dengan tujuh beg udara termasuk satu untuk lutut pemandu, serta sistem kawalan kestabilan.

Bagi sistem bantuan pemandu, ia hadir dengan suites Toyota Safety Sense generasi ketiga yang menawarkan ciri-ciri tahap 2 separa autonomi termasuk kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi berhenti-berjalan, bantuan pengekalan lorong, brek kecemasan autonomi, pemantauan titik buta, amaran lintasan belakang, dan bantuan auto lampu tinggi. 

Artikel berkaitan: 5 Faktor Utama Kereta Elektrik (EV) China Lebih Murah

Jarak Pemanduan dan Kapasiti Bateri

hilux elektrik

Bagi pengecasan, Hilux EV menyokong pengecas pantas DC sehingga 125 kW melalui port pada fender hadapan, membolehkan bateri diisi dari 10 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 30 minit sahaja.

Untuk pengecasan arus ulang-alik AC, ia menyokong sehingga 10 kW yang mengambil masa lebih kurang 6.5 jam untuk mengecas dari 10 hingga 100 peratus, menjadikannya sesuai untuk pengecasan di rumah atau pejabat.

Namun, perkara yang paling banyak menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat dan pengguna adalah jarak pemanduan yang ditawarkan oleh Toyota Hilux EV ini.

Dengan kapasiti bateri 59.2 kWh yang agak kecil untuk saiz pikap yang berat, jarak pemanduan hanya sekitar 257 kilometer mengikut kitaran ujian WLTP yang lebih realistik, atau 315 kilometer mengikut kitaran NEDC yang lebih optimistik.

Ramai pihak menyatakan bahawa jarak ini tidak memadai untuk kegunaan di ladang sawit atau kawasan pedalaman yang jauh, dengan seorang pengulas menyindir bahawa ia mungkin tidak akan bertahan melepasi bahagian pertama hutan sekalipun.

Ramai pengguna berkata sekurang-kurangnya jarak 500 kilometer WLTP diperlukan untuk kereta yang hendak digunakan pergi bekerja, sementara yang lain menyamakan jaraknya dengan kereta bandar kompak seperti e.Mas 5.

Bagi pemanduan dalam bandar atau penggunaan kenderaan syarikat yang melibatkan perjalanan jarak dekat, jarak ini mungkin masih memadai, tetapi untuk kegunaan luar bandar atau kerja lasak, ia jelas menjadi kekangan besar.

Varian dan Harga

Toyota Hilux EV Malaysia

Terdapat 2 pilihan warna merangkumi Super White II, Ash (kelabu), dan Platinum White Pearl dengan caj tambahan RM800 untuk warna putih mutiara tersebut.

Buat masa ini, Toyota Hilux EV ditawarkan dalam satu varian utama iaitu dwi-teksi pacuan semua roda dengan konfigurasi tempat duduk dua baris.

Harga atas jalan RM226,300 tidak termasuk insurans, dan ia didatangkan dengan waranti kenderaan selama lima tahun atau 150,000 kilometer, serta waranti bateri voltan tinggi selama lapan tahun dengan jarak tanpa had.

Bagi pelanggan yang mahukan perlindungan lebih lama, mereka boleh memilih untuk melanjutkan waranti bateri sehingga sepuluh tahun dengan bayaran tambahan RM5,700.

Walaupun harga ini kelihatan kompetitif untuk segmen pikap elektrik, ramai yang mempersoalkan nilai yang ditawarkan memandangkan jarak pemanduan yang terhad dan keupayaan kerja yang berkurangan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pesaing seperti pikap elektrik lain di peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Toyota Malaysia.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut