Advertisements

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Advertisements

TOYOTA CAPITAL MALAYSIA Sdn. Bhd. ialah anak syarikat Toyota Financial Services Corporation (TFSC), yang mengkhususkan kepada kewangan kenderaan untuk Toyota Motor Corporation (TMC) di seluruh dunia.

TFSC memberi tumpuan kepada menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Sehingga kini, TFSC telah berkembang ke 37 negara dan wilayah termasuk Amerika, Eropah, Afrika, Asia-Pasifik, China dan Jepun.

TFSC telah ditubuhkan pada Julai 2000 sebagai syarikat induk untuk anak syarikat kewangan TMC yang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk menyokong penjualan kenderaan Toyota.

Perkhidmatan yang ditawarkan

  1. Toyota EZ Beli Plan – Toyota EZ Beli ialah pelan Sewa Beli di mana anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dalam 3 tahun pertama tempoh pinjaman dan meningkat secara sederhana sepanjang tempoh.
  2. Toyota Flexi Plan – Pelan Toyota Flexi ialah cara terbaik untuk memiliki kereta Toyota serba baharu kerana anda boleh mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dan tempoh pinjaman dengan membuat pembayar tambahan apabila anda mampu.
  3. Toyota Drive Plan – Toyota Drive ialah produk pajakan Islam yang menawarkan banyak ciri dan faedah yang tidak terdapat dalam Sewa Beli.
  4. Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB) – Pembiayaan kereta patuh Syariah berdasarkan prinsip pajakan (Ijarah) diikuti dengan penjualan (Al-Bai’).
  5. Conventional Hire Purchase – Toyota Capital menawarkan kadar yang kompetitif di pasaran untuk mana-mana individu memiliki kereta idaman mereka.
  6. Commercial Vehicle Lease – Bagi pemilik perniagaan yang sibuk lyang menguruskan banyak kenderaan kegunaan komersial, ini adalah satu penyelesaian pajakan automotif yang menguruskan segala-galanya.

Aplikasi TCAP EZ Connect

Toyota Capital

Pihak Toyota Capital telah membangunkan aplikasi untuk telefon mudah alih yang dikenali sebagai TCAP EZ Connect untuk memudahkan pelanggan mereka membuat semakan baki pinjaman Toyota Capital mereka.

Aplikasi ini turut memuatkan pelbagai fungsi lain untuk setiap pelanggan Toyota Capital.

Untuk memuat turun aplikasi TCAP EZ Connect ini, anda boleh memuat turun untuk telefon mudah alih Android atau iOS anda dengan melayari pautan di bawah ini:

Semakan baki pinjaman Toyota Capital

Untuk membuat semakan baki pinjaman dengan Toyota Capital, ikuti langkah-langkah berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Muat turun aplikasi TCAP EZ Connect
  2. Sila lakukan pendaftaran sekiranya anda pengguna baru
  3. Setelah selesai pendaftaran, buka aplikasi TCAP EZ Connect dan log masuk ke akaun anda
  4. Pilih Account pada bahagian menu
  5. Pillih Pinjaman/Loan untuk semakan baki pinjaman anda

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment