Biodata Tok Mat, Menteri Pertahanan Msia (Mohamad Bin Hasan)

Susuk tubuh yang lebih mesra dipanggil “Tok Mat” ini baru sahaja dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baru dalam bawah Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemilihannya sebagai seorang Menteri Kabinet sememangnya sudah dijangka memandangkan Tok Mat seorang pemimpin berkaliber dari parti UMNO.

Nama beliau bukan lagi asing di Negeri Sembilan. Namun, mungkin tidak cukup dikenali oleh orang luar.

Disebabkan itu, pemilihan portfolionya sebagai Menteri Pertahanan turut dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui latarbelakang pendidikan, kerjaya dan sejarah penglibatan beliau dalam politik.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang individu bernama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Menteri Pertahanan Malaysia.

Biodata Tok Mat (Mohamad Bin Hasan)

Nama penuh: Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Tarikh lahir: 2 Mei 1956

Gelaran: Dato’ Seri Utama Haji

Laman web rasmi: https://www.mohamadhasan.com/

Facebook : Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Anugerah: PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS)

Pendidikan:

  1. Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau.
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban (Tingkatan 6)
  4. Universiti Malaya (1976).

Kerjaya:

  1. Pelatih Bank Negara Malaysia
  2. Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad
  3. Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad
  4. Bank Bumiputra Malaysia Berhad
  5. Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992)
  6. Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994)
  7. Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Selain daripada itu, Tok Mat juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

Kerjaya Politik

Sebelum bertanding di peringkat Parlimen, Tok Mat terlebih dahulu telah bertanding di peringkat DUN.

Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Tok Mat mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004.

Setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Sembilan selama 14 tahun, kerjaya politiknya bertukar dari peringkat negeri ke peringkat persekutuan pada 2018.

Jawatan Tok Mat dalam UMNO adalah:

  1. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau
  2. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
  3. Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Tok Mat telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa.

Ia sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!