Tips Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah LPPSA

PENYELESAIAN SEBAHAGIAN LPPSA : Tips Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah LPPSA

Umumnya penjawat awam tentu tahu tentang LPPSA, iaitu singkatan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

Ia merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Berbanding pinjaman bank, pinjaman LPPSA sangat menguntungkan kerana ia menawarkan kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa menggunakan duit poket sendiri.

Namun, bagi yang telah mendapatkan pinjaman dan sedang membayar pembiayaan rumah, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk anda memendekkan tempoh pinjaman dan menjimatkan kadar bunga?

Perkara ini dikongsikan di media sosial oleh seorang pelabur dan perunding hartanah iaitu Yasir Awaluddin.

Berikut kami kongsikan info lanjut tentang perkongsian berliau tersebut.

pinjaman lppsa

Tips Jimat & Kurangkan Tempoh Bayar Ansuran Rumah LPPSA Secara Online

Bagi rakan-rakan penjawat awam yang ada rezeki lebih, boleh pertimbangkan untuk buat bayaran lebih pembiayaan LPPSA melalui Penyelesaian Sebahagian.

Tujuan adalah untuk pendekkan tempoh dan jimat interest pembiayaan.

Namun LPPSA hanya terima bayaran tambahan minimum 6 bulan ke atas.

Berapa banyak boleh jimat dan kurangkan tempoh? Saya bagi contoh harga rumah 400k.

Bayaran Biasa TANPA TAMBAHAN

  • Harga Rumah : 400k
  • Bulanan : 1,800
  • Tempoh : 35 tahun
  • Total interest : 343k
  • Bayaran keseluruhan : 743k

Bayaran DENGAN TAMBAHAN Tahunan 6 Bulan

  • Harga Rumah : 400k
  • Bulanan : 1,800
  • Tambahan bayaran 6 bulan setiap tahun : 10,800
  • Tempoh : 23 Tahun
  • Total interest : 212k
  • Bayaran keseluruhan : 612k

JUMLAH YANG BERJAYA DIJIMATKAN :

  • Dapat jimat interest sebanyak RM 132k
  • Dapat pendekkan tempoh bayaran menjadi 23 Tahun sahaja. (Awal 12 Tahun)

Saya kongsikan semula caranya mana tau ada rakan-rakan yang berhajat untuk settle awal LPPSA.

Cara Buat Bayaran Penyelesaian Sebahagian LPPSA

  1. Dapatkan jumlah yang tepat.
  2. Minimum pembayaran adalah 6 bulan ansuran. Jadi kalau pembiayaan RM1000 sebulan, minimum adalah RM6000. Namun ini hanyalah kiraan kasar.
    *Untuk lebih tepat elok hubungi pihak LPPSA. Sama ada melalui panggilan, e-tiket atau emel. Untuk emel, gunakan yang ini : [email protected]
  3. Buat bayaran seperti kaedah yang dinyatakan di bawah.

Kaedah bayaran sebahagian LPPSA terdapat dua cara :

KAEDAH PERTAMA : Bank draft. Cuma yang ni agak lama prosedurnya sebab melibatkan urusan kurier.

Atas nama ‘LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM’ dan dihantar ke alamat:

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
(U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman)

P/S: Pastikan bank draft ya. Bukan cek persendirian atau cek peguam.

KAEDAH KEDUA : Melalui perbankan internet : Maybank2U, Cimb Clicks dan JomPay.

Rujuk gambar untuk langkah demi langkah. Agak mudah sebenarnya. Yang penting asal ada duit ja di bank akaun.

CARA PEMBAYARAN LPPSA MELALUI MAYBANK

Langkah 1 : Klik Pay & Transfer

bayaran penyelesaian sebahagian lppsa

Langkah 2 : Klik Pay, dan cari LPPSA Penyelesaian Sebahagian

bayaran penyelesaian sebahagian lppsa

Langkah 3 : Isi amount hendak dibayar, No Akaun LPPSA, KP Pemohon. Settle!

CARA PEMBAYARAN LPPSA MELALUI CIMBCLICKS

Langkah 1 : Klik Pay & Transfer

Langkah 2 : Cari Pay Bills

bayaran penyelesaian sebahagian lppsa

Langkah 3 : Cari LPPSA > Jenis Payment : Penyelesaian Sebahagian

bayaran penyelesaian sebahagian lppsa

Langkah 4 : Masukkan amount. Settle!

Setelah transfer, emel resit pembayaran ke pihak LPPSA.

Jangan lupa untuk simpan sebagai rekod.

Bagi menyemak penolakan dan baki pembiayaan, boleh semak di portal bahagian semak baki pinjaman.

Anda juga boleh merujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut tentang pembiayaan perumahan LPPSA : Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & Baki

Sumber: Facebook Yasir Awaluddin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!