Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024

Permohonan ke Maktab Mahmud bagi Tingkatan 6 untuk sesi 2023/2024 kini dibuka untuk para pelajar Tingkatan 5.

Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah.

Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sekolah ini.

Sekolah ini asalnya terletak di Alor Setar, Kedah namun telah membuka beberapa cawangan lain di seluruh negeri Kedah.

Sejarah Penubuhan

  • Sejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga tahun 1998 terdapat hanya sebuah Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu di Alor Star.
  • Pada tahun 2004, 9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan Maktab Mahmud Daerah.
  • Menjadikan jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud daerah iaitu Alor Star, Yan, Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Merbok, Kuala Muda, Sik, Baling, Bandar Baharu dan Kulim.
  • Pada tahun 1967, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.
  • Melalui Enakmen ini, pentadbiran sekolah ini adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud (Lembaga).

Tarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024

Berikut merupakan butiran tempoh permohonan ke Tingkatan 6 ini:

Tarikh permohonan dibuka: 31 Januari 2023
Tarikh permohonan ditutup: 20 Mac 2023

Syarat Permohonan

Bagi calon yang berminat, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut bagi membolehkan permohona anda dipertimbangkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SP berumur 18 tahun
  3. Telah menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan sekurang-kuranganya mendapat pangkat Jayyid
  4. Lulus bagi semua mata pelajaran kurikulum bersepadu Dini (KBD) dan Kepujian bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Muasirah dalam peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
  5. Tidak mempunyai sebarang rekod salah laku disiplin
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah
  7. Bersetuju menerima penempatan lokasi yang ditawarkan (penempatan berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh Pengurusan Lembaga Maktab Mahmud)

Lokasi Penempatan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024

Pelajar yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian akan ditempatkan di salah satu lokasi berikut:

  1. Alor Setar
  2. Pokok Sena
  3. Pendang

Cara Permohonan

Bagi pelajar yang berminat dengan tawaran kemasukan ini, anda dipersilakan membuat permohonan segera dengan memuat turun borang permohonan melalui laman web rasmi di alamat https://lmm.gov.my/

  1. Klik e-Pendaftaran pada bahagian menu
  2. Pilih “Maktab Mahmud Kedah Darul Aman”
  3. Bagi yang belum mempunyai akaun, anda hendaklah membuat pendaftaran akaun baru.
    • Pemohon hendaklah membeli “Nombor Pin” dari pihak sekolah untuk membuat permohonan kemasukan secara online.
    • Klik pada Pendaftaran Akaun Baru
    • Mengisi semua butiran Pemohon
    • Masukkan Nombor Pin yang telah dibeli
    • Klik butang Daftar
  4. Setelah daftar, log masuk ke akaun anda dan masukkan segala butiran peribadi yang diminta:
    • Maklumat Pelajar
    • Maklumat Ibu Bapa / Penjaga
  5. Klik butang Simpan > Seterusnya
  6. Isikan segala maklumat yang diminta seperti Mata Pelajaran, Gred dan sebagainya sehingga selesai.

Permohonan tidak akan diproses dan terbatal sekiranya tidak lengkap.

Pertanyaan dan soalan

Jadi apa tunggu lagi?

Hantarkan permohonan anda dengan segera.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas.

Unit Pengambilan Pelajar Bahagian Akademik
@ Unit ICT, Bahagian Pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud

No. Tel: 04-7728973 / 7717552
Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!