Sijil Menengah Agama (SMA): Semakan Keputusan 2024 – JAIS

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2023 – SMA, SMATQ, SMATQKBT, SMATD dan SKM

Sijil Menengah Agama (SMA) adalah peperiksaan awam yang diduduki oleh semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Negeri.

Peperiksaan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Pengenalan Sijil Menengah Agam (SMA)

Mungkin ada yang masih mempertimbangkan sama ada pengajian di peringkat Sijil Menengah Agama (SMA) patut dipertimbangkan atau tidak.

Sijil Menengah Agama adalah sijil yang kita akan gunakan apabila hendak memohon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

InshaAllah jika cemerlang, boleh sambung belajar di negara timur tengah seperti Mesir, Turki dan sebagainya.

Bagi yang tidak tahu, STAM ini adalah setaraf dengan STPM atau dianggap sebagai pengajian Pra-Universiti.

STAM melibatkan 11 subjek dan Malaysian University English (MUET).

Selain itu, pada masa sekarang pengambilan untuk kursus persediaan Program Ijazah Perguruan di Institut Pendidikan Guru juga menggunakan Sijil SMA.

Artikel berkaitan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)

Silibus Sijil Menengah Agama (SMA)

Sijil Menengah Agama adalah sjil agama peringkat menengah yang menggunakan sukatan pelajaran daripada universiti Al-Azhar, dan SMA juga diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peperiksaan SMA adalah mengikut silibus Buuth Al-Azhar Mesir untuk pelajar tingkatan 4.

Berikut merupakan senarai silibus yang perlu diambil oleh pelajar SMA:

  1. Adab Nusus
  2. Mantiq
  3. Feqah
  4. Tauhid
  5. Hadis
  6. Balaghah
  7. Tafsir
  8. Insya’
  9. Quran
  10. Nahu

Satu ketika dahulu pelajar tingkatan 3 perlu menduduki 2 peperiksaan sijil dalam tahun yang sama iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Rendah Agama (SRA) kemudiannya SRA dihazafkan.

Sekiranya gagal di peringkat Sijil Menengah Agama, maka anda tidak boleh naik ke Tingkatan 5.

Ada yang mengulang semula tingkatan 4 atau berpindah ke sekolah menengah kebangsaan.

Disebabkan semua mata pelajaran SMA dalam Bahasa Arab dan jawapan dalam bentuk karangan bukannya pilihan A,B,C dan D maka tentunya bukan mudah untuk mengarang bahkan menggoreng ayat sendiri.

Selain daripada subjek di atas, pelajar yang mengambil SMA juga akan belajar subjek-subjek yang berikut:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah
  5. Pendidikan Syariah Islam
  6. Pendidikan Al-Quran AsSunnah
  7. Sains
  8. Ekonomi Asas
  9. Bahasa Arab

Semakan Keputusan Peperiksaan SMA 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2023

Semakan keputusan peperiksaan SMA, SMATQ, SMATQKBT, SMATD dan SKM boleh dibuat melalui pautan https://result.jais.gov.my

semakan keputusan sma sijil menengah agama

Semoga beroleh najah buat semua.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!