Tiktok Awards Malaysia LIVE : Undian, Calon & Kategori

Buat julung-julung kalinya, Tiktok Awards Malaysia dianjurkan bagi menghargai bakat-bakat pempengaruh (influencer) popular di Malaysia yang memanfaatkan platform Tiktok dengan sebaiknya.

Pertama kalinya dianjurkan pada tahun ini, Tiktok Awards Malaysia ini akan dianjurkan sebaai acara tahunan.

Sewaktu majlis sidang media TikTok Awards Malaysia 2023 yang lalu, 7 hose terkenal untuk majlis anugerah ini telah diperkenlkan iaitu Izzue Islam, Sherry Alhadad, Amelia Henderson, Sissy Imann, Ceddy, Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Antara artis yang bakal memeriahkan dengan persembhan pada majlis ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri dan Alyph.

Tarikh Undian Tiktok Awards Malaysia 2023

Undian bakal dibuka untuk orang ramai di aplikasi TikTok dengan carian “TikTok Awards” bermula 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023 okay!

Pembelian tiket bermula 16 Ogos 2023 dan anda boleh mendapatkan tiket untuk ke TIKTOK AWARDS MALAYSIA melalui laman sesawang www.tonton.com.my

Live Streaming / Siaran Langsung TikTok Awards Malaysia 2023

TikTok Awards Malaysia 2023 bakal menggegarkan pentas di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023.

Anugerah berprestij ini akan bersiaran secara langsung pada jam 9:00 malam.

Manakala karpet merah pada jam 8.30 malam di TV9.

Orang ramai yang ingin menyaksikan siarah langsung anugerah TikTok Awards Malaysia 2023 ini boleh menonton siaran langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Secara Percuma

Senarai Kategori Dipertandingkan

TikTok Awards Malaysia 2023 bakal mempertandingkan 13 kategori dimana 7 kategori adalah Pilihan Peminat (People’s Choice) sementara 6 kategori Pilihan Juri.

Untuk kategori Pilihan Peminat, anda boleh menghantar undi untuk artis pilihan anda melalui halaman khas di Tiktok – Klik Sini

Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):

  • Creator of the Year
  • Rising Star of the Year
  • Popular Creator of the Year
  • Popular Animation Account of the Year
  • Celebrity of the Year
  • Live Creator of the Year
  • TikTok Shop Creator of the Year

Pilihan Juri (Judge Pick):

  • Best of Beauty & Fashion
  • Best of Education
  • Best of Entertainment
  • Best of Foodie
  • Best of Gaming
  • Best of Sports

Barisan panel dibarisi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Nini Yusof dan Pengurus Besar Operasi dan Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Artikel berkaitan: Cara Daftar TikTok Affiliate Program Malaysia

Senarai Calon

Berikut merupakan senarai calon untuk pelbagai kategori Tik Tok Awards Malaysia 2023 bagi kategori Pilihan Peminat yang dipertandingkan:

Creator Of The Year

Rising Star of The Year

Popular Creator of the Year

Tiktok Awards Malaysia tiktok 2023

Celebrity of The Year

Popular Animation Account of The Year

LIVE creator of the year

Tiktok Awards Malaysia tiktok 2023

TikTok Shop Creator of the Year

Cara Mengundi

Adakah TikTok Creators kegemaran anda tercalon untuk Malaysia TikTok Awards yang pertama di Malaysia?

Undian akan dibuka dari 15 Ogos sehingga 26 Ogos. Ada 7 kategori untuk People’s Choice Award yang anda semua boleh undi!

Jangan lupa untuk undi TikTok Creators kegemaran anda semua!

Undi di sini >> bit.ly/3KEyLrY

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!