Thai King’s Cup 2022 (LIVE Final) : Malaysia vs Tajikistan

THAI KING’S CUP FINAL (PIALA RAJA THAILAND) : PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA LWN TAJIKISTAN

Hari Perlawanan Akhir yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya!

Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini, Skuad Harimau Malaya telah mengejutkan tuan rumah, Thailand untuk layak ke final Piala Raja Thailand selepas menewaskan tuan rumah 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1 pada Khamis, 22 September 2022.

Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, Malaysia mendahului menerusi La’Vere Corbin Ong pada minit ke-32 tetapi Thailand menyamakan kedudukan menerusi Pansa Hemviboon hingga ke masa kecederaan separuh masa kedua untuk memaksa permainan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Berikut adalah kesebelasan utama skuad Harimau Malaya dalam perlawanan akhir King’s Cup.

KESEBELASAN UTAMA SKUAD HARIMAU MALAYA

  • Syihan Hazmi (PG)
  • Matt Davies
  • Nazmi Faiz
  • Safawi Rasid
  • Sumareh
  • Khuzaimi Piee
  • Brendan Gan
  • Akhyar Rashid
  • Syafiq Ahmad (K)
  • Dion Cools
  • Corbin-Ong

Simpanan

  • Kalamullah
  • Rahadiazli
  • Sharul Nazeem
  • Dominic Tan
  • Faisal Halim
  • Zhafri Yahya
  • Darren Lok
  • Arif Aiman
  • Mukhairi Ajmal
  • Declan Lambert
  • Azam Azmi

Sementara itu, Tajikistan menewaskan Trinidad & Tobago 2-1 dalam perlawanan lain.

Dalam perlawanan kali ini, nampaknya Arif Aiman dan Faisal Halim direhatkan. Mungkin ini strategi dari Kim Pan Gon untuk meletakkan mereka berdua sebagai Super Sub.

Sumareh a.k.a Keli boy diturunkan bermain terlebih dahulu. Harap beliau perform seperti Sadio Mane.

Untuk makluman, Malaysia pernah memenangi Piala Raja Thailand ini empat kali pada 1972, 1976, 1977, dan 1978.

Ayuh, malam minggu ini kita berikan sokongan kepada Malaysia!

Tarikh & Masa Perlawanan Akhir Thai King’s Cup

Tarikh Perlawanan Final 48th King’s Cup 2022

Ahad, 25 September 2022

Masa perlawanan:

MALAYSIA VS TAJIKISTAN
8:30pm (TH) 9:30pm (MY)

Lokasi :

Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand

Saksikan Siaran Langsung (LIVE)

Siaran langsung di Astro Arena dan TV9 Di Hatiku

Stream LIVE di TONTON & Xtra melalui pautan pantas berikut:

https://www.xtra.com.my/live-tv/

https://www.tonton.com.my/live/tv9

https://www.xtra.com.my/live-tv/

TERKINI: KEPUTUSAN SERI 0-0

Tajikistan MENANG dengan sepakan penalti 3-0

Sekilas info

Saingan Thai King’s Cup dijalankan dalam format kalah mati. Pasukan yang menang akan mara ke final manakala pasukan yang kalah berentap untuk penentuan tempat ketiga.

Setiap keputusan perlawanan memberi pulangan mata ranking FIFA.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!