Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kaki wayang, masanya telah tiba! Kalau anda sedang mencari alasan untuk meluangkan masa bersama yang tersayang atau sekadar mahu ‘catch-up’ filem terbaru dengan rakan baik, ini ada berita baik untuk anda.

TGV Cinemas kini sedang mengadakan promosi hebat ‘Beli 1 Percuma 1’ (Buy 1 Free 1) di semua cawangan mereka di seluruh negara!

Promosi ini berlangsung setiap hari bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2026. Jom rujuk info lebih lanjut mengenai tawaran TGV Beli 1 Percuma 1 ini di bawah.

Ini Syarat Penting Yang Anda Wajib Tahu

Sebelum anda terus menyerbu aplikasi TGV, pastikan anda menyemak beberapa kriteria dan syarat utama ini terlebih dahulu bagi memastikan penebusan anda berjalan lancar:

  • Guna Kaedah Bayaran Yang Betul: Promosi ini eksklusif untuk pengguna yang membuat pembayaran menggunakan SPayLater eWallet di aplikasi Shopee.
  • Kuota Harian Sangat Terhad: Promosi ini terhad kepada 100 transaksi pertama sahaja setiap hari untuk seluruh negara. Sistem ini menggunakan konsep first-come, first-served.
  • Had Tiket Percuma: Anda akan mendapat maksimum satu (1) tiket percuma bagi setiap transaksi. Jadi, jika anda beli dua tiket, anda hanya perlu bayar harga untuk satu tiket sahaja!
  • Pengecualian Tayangan: Harap maklum bahawa tawaran ini tidak sah untuk tempahan dewan secara peribadi, tayangan khas, acara korporat, atau konsert.

Cara untuk Claim Tiket

Anda boleh melakukan tempahan secara atas talian (online) dengan mudah sama ada melalui aplikasi telefon pintar TGV atau terus di laman web rasmi mereka. Ikuti langkah demi langkah di bawah:

  1. Layari portal rasmi TGV di https://www.tgv.com.my/promotions/promotabitems-b1f1-spaylater
  2. Klik “Book Tickets”
  3. Pilih filem dan lokasi pawagam pilihan anda berserta masa tontonan
  4. Kemudian pilih dua tempat duduk semasa membuat tempahan, klik ‘Book Seats”.
  5. Di halaman pemilihan tiket, pilih jenis tiket “SPayLater 1For1” dan teruskan pembayaran menggunakan SPayLater eWallet.
  6. Anda akan mendapat satu tiket wayang percuma, jadi hanya perlu bayar untuk satu daripada dua tempat duduk.

Peringatan:

  • Tempoh promosi: 1 September hingga 31 Oktober 2026, setiap hari.
  • Terhad: Hanya 100 transaksi promosi sehari, jadi tempah awal!
  • Had: 1 tiket percuma bagi setiap transaksi.
  • Tidak sah untuk: Tempahan hall, tayangan khas, acara atau konsert.
  • Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain yang sedang berlangsung.

Tempoh Promosi

Promosi ini sah setiap hari bermula dari 1 September sehingga 31 Oktober 2026.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim TGV Beli 1 Percuma 1

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penuh promosi ini, sila layari halaman rasmi TGV Cinemas Promotions

Selamat menonton!

Adakah tawaran ini sah di semua cawangan TGV?

Ya. Anda boleh menikmati promosi ini di semua lokasi pawagam TGV di seluruh negara

Bilakah tempoh promosi ini berlangsung?

Promosi ini sah setiap hari bermula dari 1 September sehingga 31 Oktober 2026. 1

Kenapa butang tiket “B1F1 SPayLater” tidak muncul semasa saya nak tempah?

Ada tiga sebab utama perkara ini berlaku:
– Kuota harian habis: Kuota harian terhad kepada 100 transaksi pertama sahaja setiap hari untuk seluruh negara. Jika kuota hari tersebut sudah dipenuhi, sistem akan menyorokkan tiket promo tersebut secara automatik.
Salah pilih bilangan tempat duduk: Anda mesti memilih GENAP DUA (2) TEMPAT DUDUK di dalam sistem sebelum meneruskan ke halaman tiket.
– Jenis dewan/filem tidak sah: Tiket percuma ini tidak terpakai untuk tayangan khas, tempahan dewan korporat, acara, atau konsert.

Berapakah had tiket percuma yang boleh saya dapat?

Maksimum satu (1) tiket percuma sahaja untuk setiap transaksi. Jika anda membeli dua tempat duduk, anda hanya perlu membayar harga untuk satu tiket.

Penulis