Tesla Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan Kereta

Tesla secara rasminya telah membuka tempahan model-model keretanya untuk pasaran Malaysia.

Ini bermakna peminat kereta elektrik (EV) Tesla tidak perlu membeli kereta import dari luar negara kerana kereta ini secara rasminya telah dijual di pasaran Malaysia.

Ini juga bermakna, pembali tidak perlu risau akan perkhidmatan selepas jualan, servic dan pembelian alat ganti kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak Tesla Malaysia.

Lebih menarik, harga untuk model Tesla yang dibawa masukke negara ini secara rasminya sebenarnya lebih murah berbanding model dari luar yang diimport ke sini.

Model

Buat masa ini, hanya Tesla Model Y yang telah dibuka untuk tempahan.

Jangkaan mendapat kereta ini adalah pada awal tahun 2024.

Menurut laman rasmi Tesla Malaysia, tempahan bagi model Tesla 3 juga akan dibuka pada masa hadapan.

Harga Tesla Malaysia

Mengikut halaman rasmi Tesla Malaysia, berikut merupakan harga rasmi Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia:

  • Model Y (Asas) – RM199,000
  • Model Y (Long Range) – RM246,000
  • Model Y (Performance) – RM288,000

Spesifikasi & Varian

Tesla mereka bentuk Model Y dari bawah sebagai kenderaan elektrik menggunakan integrasi peringkat sistem secara keseluruhannya.

Setiap komponen, termasuk bateri, motor dan juga rekabentuk aerodinamik luaran dioptimumkan untuk mendapat manfaat antara satu sama lain dan mencipta salah satu kenderaan yang paling cekap, namun sangat berkuasa yang pernah dibina.

Berikut merupakan spesifikasi Model Y dari halaman rasmi TeslaMalaysia:

spesifikasi tesla malaysia
tesla malaysia
tesla malaysia

Tesla Model Y ini turut didatangkan dengan 5 pilihan warna:

  • Pearl White Multi-Coat
  • Solid Black – RM5,000
  • Midnight Silver Metallic – RM5,000
  • Deep Blue Metallic – RM5,000
  • Red Multi-Coat RM10,000

Fungsi Tambahan

Selain itu, pembeli yang membuat tempahan juga boleh mendapatkan beberapa fungsi tambahan seperti berikut untuk menjadikan kereta Tesla anda autonomous.

  • Enhanced Autopilot – RM16,000
  • Full Self-Driving Capability – RM32,000

Artikel menarik: Toyota Vios 2023: Varian, Spesifikasi, Harga (Malaysia)

Cara Membuat Tempahan Tesla Malaysia

Sekiranya anda ingin membuat tempahan, anda boleh melakukannya terus melalui laman web rasmi TeslaMalaysia:

  1. Layari https://www.tesla.com/
  2. Klik butang “Custom Order” pada Model Y
  3. Pilih varian, warna dan lain-lain funngsi tambahan yang diingini
  4. Pada bahagian bawah halaman tempahan, klik pada butang “Continue to Payment”
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!