Advertisements

Terengganu Pay: Login, Daftar & Buat Pembayaran Online

Advertisements

Bagi memudahkan rakyat Malaysia di Terengganu khususnya membuat pembayaran kepada agensi-agensi kerajaan negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu telah membangunkan portal atau aplikasi Terengganu Pay.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Terengganu Pay untuk makluman semua.

Apakah Terengganu Pay?

Terengganu Pay merupakan pusat sehenti yang menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran secara digital.

Pengguna kini boleh menyemak bil semasa dan boleh terus membuat bayaran secara atas talian melalui kemudahan Financial Process Exchange (FPX).

Kemudahan bayaran secara digital ini dibangunkan dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Artikel berkaitan: MelakaPay: Kemudahan Bayaran NirTunai Untuk Orang Melaka

terengganu pay terengganupay

Bayaran Yang Boleh Dibuat

Pengguna boleh menggunakan kaedah debit terus dari Akaun Individu (B2C) atau Akaun Perniagaan (B2B) bergantung kepada polisi yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang disenaraikan.

Pembayaran bil hanya boleh dibuat bagi agensi yang berdaftar dengan perkhidmatan TerengganuPay sahaja.

Senarai Agensi Berdaftar

Berikut merupakan senarai agensi yang terlibat dan berdaftar dengan Terengganu Pay dan perkhidmatan yang disediakan melalui aplikasi ini:

  1. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu – Cukai tanah
  2. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu – Cukai taksiran
  3. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu – Dana masjid

Bayaran anda akan dikemaskini kepada agensi dalam tempoh 24 jam setelah bayaran dibuat.

Jika bayaran anda belum dikemaskini selepas tempoh itu, sila berhubung terus dengan agensi berkenaan untuk semakan dan penjelasan lanjut.

Cara Daftar

Proses pendaftaran untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Terengganu Pay juga sangat mudah.

  1. Layari laman web rasmi Terengganu Pay di alamat https://tpay.terengganu.gov.my/register
  2. Pada borang pendaftaran yang dipaparkan di halaman tersebut, isikan butiran maklumat diri anda seperti nama, emel, nombor telefon, kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Tandakan pada kotak terma dan syarat
  4. Klik pada butang Daftar

Muat Turun Aplikasi Terengganu Pay

Untuk kemudahan pengguna, anda boleh memuat turun aplikasi TerengganuPay terus ke telefon mudah alih anda secara percuma.

Klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi TerengganuPay:

  1. App Store – Untuk pengguna iOS

Nota: Hasil carian tidak menjumpai aplikasi ini untuk pengguna Android.

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini daripada sumber yang sahih sahaja bagi memastikan peranti mudah alih anda tidak dipasang dengan perisian hasad oleh penjenayah siber.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat Lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) melalui pautan di bawah

https://tpay.terengganu.gov.my/faq

Ikuti perkembangan terkini dengan melayari https://tpay.terengganu.gov.my/

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment