Tema Sambutan Maulidur Rasul 2023 Peringkat Kebangsaan

TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023 / 1445H

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. 

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.

Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.

Tema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan dan siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.

Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1445H adalah : “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2023 Peringkat Kebangsaan

Untuk makluman, tema bagi sambutan 2022 adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

maulidur rasul 1444h
Sumber: JAKIM

Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2023 Di Malaysia

CUTI MAULIDURRASUL 2023 jatuh pada tarikh berikut:

28 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS)

Untuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.

Sila rujuk kalendar penuh: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2023

Dapatkan Al Quran Digital Al Falah ORIGINAL dilengkapi dengan kelulusan KDN untuk membantu anda mempelajari Quran dengan lebih lancar dan mudah.

Hukum Sambutan Maulid Nabi

Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.

Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Jom Selawat Ke Atas Nabi!

Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW.

Antara selawat yang boleh dibacakan :

  • Selawat Nariyah
  • Selawat Adrikiyyah
  • Selawat ‘Azhimiyyah
  • Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
  • Selawat Jawahirul Anwar
  • Selawat Thabibi Qalbi
  • Selawat Wisal

Ketahui lebih lanjut : KEAJAIBAN 40 SELAWAT PILIHAN

Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!