TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026 / 1448H
Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.
Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.
Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.
Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.
Tema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan dan siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.
Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1448H adalah : “MADANI Dihayati Ummah Diberkati”.
Tema ini menekankan kepentingan menghayati nilai-nilai murni dalam acuan Malaysia MADANI bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, bersatu padu, dan mendapat keberkatan Allah SWT dengan mencontohi sunnah serta akhlak mulia Nabi Muhammad SAW.
Jom bersama kita meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.
- 📅 Tarikh : 25 Ogos 206
- 🕌 Lokasi : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang
- Tema: MADANI Dihayati Ummah Diberkati
- Live streaming : RTMKlik, RTM TV1 dan Facebook Rasmi JAKIM
Saksikan siaran secara langsung di saluran media sosial rasmi JAKIM dan di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.

Aktiviti & Sambutan Maulidur Rasul
Secara umum, aktiviti Maulidur Rasul setiap tahun adalah seperti berikut:
- Perarakan Maulidur Rasul – Perarakan beramai-ramai sambil berselawat, biasanya disertai pakaian tradisional Islam dan kain rentang.
- Bacaan Al-Quran & Hafazan – Aktiviti bacaan Al-Quran, hafazan surah serta pertandingan tilawah untuk menggalakkan penghayatan Al-Quran.
- Pertandingan Kuiz Sirah – Kuiz berkaitan sejarah, akhlak dan kehidupan Nabi Muhammad SAW bagi meningkatkan pengetahuan serta kecintaan terhadap Rasulullah.
- Selawat, Kuliah & Ceramah – Majlis selawat dan ceramah agama yang membincangkan sirah, akhlak serta teladan Nabi Muhammad SAW.
- Pertandingan Seni Islam – Aktiviti seperti mewarna, kaligrafi dan tulisan khat bertemakan Islam, selawat atau sirah Nabi.
- Nasyid & Selawat – Persembahan atau pertandingan nasyid dan selawat secara solo atau berkumpulan untuk memeriahkan sambutan sambil menyampaikan mesej dakwah.
Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2026 Di Malaysia
CUTI MAULIDURRASUL 2026 jatuh pada tarikh berikut: 25 OGOS 2026 (SELESA)
Hari tersebut merupakan hari cuti umum (public holiday) rasmi bagi seluruh negeri di Malaysia.
Dilampirkan juga kalendar kuda untuk memudahkan anda merancang cuti anda.

Sila rujuk kalendar penuh: Cuti Umum 2024 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai sambutan Maulidur Rasul 2026, sila rujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM.
Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Jom Selawat Ke Atas Nabi!
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
Antara selawat yang boleh dibacakan :
- Selawat Nariyah
- Selawat Adrikiyyah
- Selawat ‘Azhimiyyah
- Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
- Selawat Jawahirul Anwar
- Selawat Thabibi Qalbi
- Selawat Wisal
Ketahui lebih lanjut : KEAJAIBAN 40 SELAWAT PILIHAN
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.




