Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia

Sambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisyatiharkan untuk mengenang hari para guru.

Walau bagaimanapun, tarikh sambutan Hari Guru berbeza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini.

Sebagai contoh, negara Albania menyambut Hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan Mexico pada 1 Mei.

Sejarah sambutan di Malaysia

Sementara itu, seperti mana yang kita tahu Hari Guru diisambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun di Malaysia.

Mengapakah tarikh ini telah dipilih?

Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Cara sambutannya pula berbeza mengikut sekolah masing-masing dan selalunya pada hari yang istimewa inilah anda boleh melihat guru-guru menjadi sangat sporting seperti membuat persembahan nyanyian, mendeklamasikan sajak dan syair dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Walaupun para guru tidak pernah meminta sebarang hadiah, sudah menjadi kelaziman biasanya pada hari istimewa inilah para pelajar akan memberikan pelbagai hadiah kepada para guru yang pernah mengajar mereka. ,

Objektif sambutan

sambutan hari guru
  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Walaupun Hari Guru disambut satu kali setiap tahun, kita sebagai anak murid hendaklah sentiasa mengenang dan mendoakan kebaikan buat guru-guru yang mendidik kita.

Sememangnya seorang guru yang dedikasi sanggup mengorbankan masa dan keringat mereka demi masa anak muridnya, seperti peribahasa popular “Seperti lilin yang membakar dirinya”.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!