TEKUN eDokumen : Cara Pembelian Dokumen Sokongan SSM & Harga

TEKUN telah memperkenalkan TEKUN eDokumen untuk mendapatkan dokumen sokongan yang disahkan benar oleh SSM.

Tahukah anda apakah itu TEKUN eDokumen dan apakah kegunaan / keistimewaan perkhidmatan ini?

Jom kami kongsikannya untuk makluman bersama!

Apakah TEKUN eDokumen?

TEKUN Nasional telah mewujudkan pembelian cara mudah dan atas talian (online) kepada peminjam melalui TEKUN eDokumen.

TEKUN eDokumen diwujudkan untuk pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripada
portal TEKUN Nasional.

Perkhidmatan ini ialah hasil kolaborasi dan kerjasama
antara pihak TEKUN Corporation Sdn Bhd Bersama pihak Raffcomm Technologies Sendirian Berhad (Rafftech).

6. Kelebihan Membeli Melalui TEKUN eDokumen

  1. Diperakui – Ditandatangani secara digital
  2. Selamat – Disahkan Benar SSM
  3. Jimat Duit – Anda akan memperoleh 5% diskaun daripada harga asal serta dokumen yang dibeli merupakan dokumen yang disahkan benar SSM jika anda membeli melalui laman sesawang www.tekun-edokumen.my.
  4. Langkah Dipermudahkan – Hanya buat carian nombor pendaftaran, dan semua dokumen akan dipakejkan
  5. Jimat Tenaga & Masa – Tidak perlu ke kaunter dan boleh berurusan secara online
  6. Boleh Beli Dokumen Bila-bila Masa – Pembelian boleh dibuat 24 jam sehari tanpa had

Baca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan

Syarat Kelayakan Membeli Dokumen Sokongan

Jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen adalah :

  • Terbuka kepada semua sektor Perniagaan dan Syarikat dengan modal berbayar tidak lebih daripada RM300,000.

Berikut adalah syarat pemohon yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN :

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara
    bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan
    daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi
    rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan
    sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin
    memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai
    sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk
    menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan
    adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk
    kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi
    yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi
    mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi
    Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan
    ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi
    pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya
    dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.

Cara Pembelian

Garis panduan pembelian adalah seperti di bawah:

tekun edokumen

(i) Carian dan Pertanyaan
Sila layari https://www.tekun-edokumen.my. Seterusnya masukkan nombor Perniagaan/Syarikat dan klik ‘Pasti’. Hasil akan dipaparkan di skrin.

(ii) Pilih dan Beli (Kos)
Pengguna perlu klik kotak dokumen yang diperlukan, pilih sama ada Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Dokumen Bersama QR Kod Mobile) atau Dokumen Standard dan klik ‘Pasti’.

(iii) Maklumat Asas
Nama, nombor telefon, alamat emel, jenis entiti, dan status perlu diisi sebelum pembayaran dilakukan. Pemohon wajib mengisi alamat emel yang SAH bagi tujuan penerimaan notis pembelian dan maklumat dokumen melalui emel.

NOTA: Rafftech tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat emel yang diisi oleh pengguna tidak ditaip dengan betul.

(iv) Kaedah Pembayaran
Gerbang pembayaran Rafftech adalah iPay88 untuk perbankan atas talian (online banking) sahaja. Sebarang Perubahan untuk cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian.

(v) Muat Turun Dokumen
Pemohon perlu muat turun aplikasi Winzip terlebih dahulu untuk unzip file. Selepas itu, pemohon akan memuat turun dokumen dalam format PDF.

(vi) Notis Emel
Notis emel akan dihantar setelah berjaya membeli maklumat dokumen sokongan TEKUN. Notis emel termasuk resit pembelian dan dokumen sokongan yang dibeli.

Rujuk panduan lengkap pengguna di SINI.

Baca juga: eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online

Harga & Contoh Dokumen

Contoh dokumen yang boleh dibeli adalah seperti di bawah:

Perniagaan: Enterprise
Dokumen Wajib
1) Profil Perniagaan
2) Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Cawangan Utama)
Syarikat: Sdn Bhd/ Bhd
Dokumen Wajib
1) Profil Syarikat
2) Borang 49 (Pendaftaran Pengarah, Pengurus & Setiausaha) / Section 58 (Perubahan Dalam Pendaftaran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat)
 
Dokumen Wajib Bersyarat (Hanya Diperlukan jika Nama Syarikat bertukar)
3) Borang 13 (Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat)

Senarai Harga Dokumen adalah seperti dalam infografik di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tekun-edokumen.my atau hubungi 1-300-30-4636 atau e-mel kepada [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!