SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN TEKUN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara objektif Skim Pembiayaan Informal (SPIN) ini adalah untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang program ini khusus bagi usahawan yang berminat.

Apakah Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN?

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi  Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).

Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah boleh dipohon melalui skim ini.

Antara kriteria bagi SPIN ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan selain premis mereka akan turut dikunjungi oleh wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
  3. Usahawan perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini bersama dengan borang permohonan pembiayaan (JPTT/Borang/02,JPTT/Borang/03, JPP/Borang/02 atau JPP/Borang/07)
  • Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang mengantikan Lesen atau Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT.

Baca juga: LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman

Cara Permohonan / Muat Turun Borang Permohonan

Peserta boleh memuat turun Borang Permohonan Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN di bawah.

Kepada yang berminat boleh terus menghubungi pejabat TEKUN yang berhampiran atau mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Sila rujuk senarai Pejabat TEKUN Nasional di setiap negeri di bawah ini:

spin tekun
https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Maklumat Lanjut Tentang Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN

Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini boleh didapati melalui laman web rasmi TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my

ATAU

Hubungi ibu pejabat TEKUN di

TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-9059 8888. No. Faks: 03-9059 9292.
Emel: mailbox@tekun.gov.my

https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-spin/?fbclid=IwAR2cdPfRFzWhvTmWywlnrMf2DN8jf5Kfa8AD5wb4Eh0NGKOc5Ykwv_u8NmI
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!