Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Mari lihat koleksi teka-teki sweet untuk pasangan atau kekasih anda yang pastinya membuat ada berdua tersenyum bahagia.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, berikut merupakan definisi teka-teki:

  1. soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak biasanya sangat suka akan ~;
  2. Sesuatu per­kara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga

Mari lihat pelbagai contoh koleksi teka-teki sweet yang boleh anda kongsikan dengan pasangan dan kekasih anda.

teka-teki cinta

Contoh Teka-teki Sweet Untuk Pasangan / Kekasih

Berikut merupakan koleksi teka-teki sweet untuk isteri:

Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling bahagia?
Jawapan: Rumah tangga kita.

Awak tahu tak apa beza awak dengan bulan? Tak, apa bezanya?
Jawapan: Kalau bulan memberi cahaya kepada bumi, kalau awak memberi cahaya ke hati saya.

Awak kenal tak mana-mana tukang kayu? Taklah, kenapa?
Jawapan: Kerana saya nak pahat nama dan wajah awak di hati saya.

Apakah perbezaan awak dengan modem?
Jawapan: Modem disambungkan ke internet. Awak menyambung ke hati saya.

Apa perbezaan awak dan gitar?
Jawapan: Kalau gitar dipetik, awak paling cantik.

Apa beza awak dengan lukisan?
Jawapan: Kalau lukisan, makin lama makin tambah antik, kalau awak makin lama tambah cantik.

Apa beza awak dengan awan?
Jawapan: Awan bawa hujan, awak bawa cinta hati saya

teka-teki sweet

Berikut merupakan koleksi teka-teki sweet untuk kekasih:

Belajar apa yang paling saya suka?
Jawapan: Belajar mencintaimu setulusnya.

Awak tahu tak apa beza awak dengan kepala paip masjid? Tak tahu, apa bezanya?
Jawapan: Kalau kepala paip masjid saya nak ambil wuduk, kalau awak saya nak batalkan wuduk.

Awak saya nak jam. Jam apa?
Jawapan: Jambatan ke hati awak lah.

Banyak-banyak jalan kenapa awak nak jalan sini?
Jawapan: Sebab jalan ini sahaja yang menuju ke hati awak.

Awak tinggal kat mana? Saya tinggal di Kuala Lumpur.
Jawapan: Tipu! orang secantik awak sepatutnya tinggal di kayangan.

Kipas apa yang ditunggu-tunggu wanita?
Jawapan: Dikipas pengapit sewaktu berdua di atas pelamin.

Cuka apa yang paling manis?
Jawapan: Cuka cama kamu

teka-teki romantik

Berikut merupakan koleksi teka-teki sweet pickup line:

Malam apa yang paling menakutkan?
Jawapan: Malam-malam aku sendiri tanpa kamu disisi.

Apa beza jam dinding dengan awak?
Jawapan: Kalau jam dinding dipasang di dinding, kalau awak dipasang di hati saya.

Panda apa yang membuatkan senang hati?
Jawapan: Pandangan awak setiap hari.

Awak nak tahu tak apa beza awak dengan banduan?
Jawapan: Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya.

Ingat saya lagi? Saya Joe. Joe apa?
Jawapan: Joedoh awak.

Awak tahu apa beza saya dengan toyol? Tak tahu
Jawapan: Toyol curi duit awak, saya curi hati awak.

Laut apa yang paling dalam dan luas di dunia?
Jawapan: Lautan cintaku hanya untukmu.

Artikel berkaitan: Ayat Pickup Line Lawak Tapi Romantik Untuk Lelaki & Perempuan

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.