Ayat Pickup Line Lawak Tapi Romantik Untuk Lelaki & Perempuan

Sebut sahaja “ayat pickup line” kita pasti sudah boleh membayangkan ayat-ayat jiwang yang mampu mencuri hati pasangan kita.

Ayat pikat ini makin popular apabila ia sering digunakan khususnya dalam media sosial, termasuklah televisyen, komedi dan drama-drama terbaru.

Namun, ada segelintir yang menggunakan ayat-ayat pickup line ini sekadar untuk mengusik individu lain.

Sekiranya digunakan pada tempat yang betul, menggunakan ayat pickup line yang bersesuaian dengan pasangan kita juga dilihat satu perbuatan yang sangat sweet dan menjadi pengikat kasih sayang kepada pasangan kita.

Walaupun sudah berkahwin, pasangan suami isteri sebenarnya sangat digalakkan untuk menggunakan ayat-ayat manis ini untuk pasangan anda untuk mengingatkan pasangan anda betapa sayangnya anda pada mereka.

Artikel berkaitan: 30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)

Contoh Ayat Sweet

Berikut adalah beberapa contoh Ayat Pickup Line yang sweet yang boleh anda cuba dengan pasangan anda:

“Awak cuci muka pakai gula eh?”
“Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya”

“Awak tahu apa beza awak dengan ubi?”
“Tak tahu”
“Ubi tu diam-diam berisi, awak tu diam-diam saya jatuh cinta”

“Jom saya hantar awak balik rumah mak awak!”
“Kenapa?”
“Sebab nak ucap terima kasih pada awak sebab lahirkan seorang yang penyabar macam awak”

“Awak jangan kerap keluar malam tau.”
“Taklah, saya tak keluar malam pun”
“Habis tiap-tiap malam awak datang dalam mimpi saya tu apa”

“Apa beza awak dengan mahkota?”
“Tak tahu”
“Mahkota bertakhta di kepala tapi awak bertakhta di hati saya”

“Remember me? “
“I am Joe?”
“Joe who?”
“Joedoh awak”

“Kalau awak tutup mata awak nampak apa?”
“Gelaplah!”
“Macam tu lah hidup saya tanpa awak”

“Awak sayang diri awak?”
“Mestilah sayang”
“Saya rasa tak patut, sebab itu tanggungjawab saya untuk menyayanyi awak”

“Awak nak tau tak apa beza awak dengan banduan?”
“Apa?”
“Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya” 

“Tahu tak, saya sampai sekarang masih belum boleh membaca”
“Yeke, awak nak baca apa?”
“Baca isi hati awak”

“Awak lebih suka milo atau kopi?
“Hmm.. saya pilih kopi”.
“Kopi?”
“Ya kopi. Kopi nang (ku pinang) kau dengan Bismillah”.

“Kenapa pandang saya macam tu?”
“Mana ada saya pandang awak”
“Habis tu awak pandang apa?”
“Saya tengah pandang ibu kepada anak-anak saya nanti”

“Apa beza kita dgn Facebook..?”
“Apa dia??”
“Facebook dihubungkan dgn internet..”
“Kita dihubungkan dengan akad nikah…”

Pickup Line Lawak

Berikut adalah beberapa contoh Ayat Pickup Line yang lawak yang boleh anda cuba dengan pasangan anda:

“Nama penuh awak apa ya?”
“Nama saya [gantikan nama anda], kalau nak panggil baby pun boleh”

“Awak tak penat ke berlari hari-hari?”
“Mestilah penat”
“Macam tulah saya penat mengejar cinta awak”

“Awak suka kicap kan?”
“Suka…”
“Tapi saya suka awak”

“Hi, is you name Aina?”
“Cause aina ajak you keluar boleh?

“Kenapa awak pakai cermin mata hitam malam-malam ni?”
“Sebab masa depan kita terlalu cerah”

“Apa beza awak dengan toyol?”
“Tak tahu, apa beza dia?”
“Toyol curi duit, tapi awak curi hati saya”

“Awak tahu apa persamaan awak dengan kentut?”
“Tak tahu, apa persamaanya?”
“Dua-dua saya tak boleh tahan”

“Awak tahu persamaan awak dengan dodol?”
“Tak tahu, apa dia?”
“Persamaan dia, dua-dua saya nak kacau”

“Aku cinta padamu dalam bahasa inggeris apa ya awak?”
“I love you…”
“I Love You Too”

“Awak tahu apa rasa cuka?”
“Tahu, rasa masam…”
“Tapi ada cuka manis…”
“Cuka apa?”
“Saya cuka pada awak”

“Awak tahu apa perbezaan awak dengan kentut?”
“Tak tahu, apa dia”
“Dua-dua saya tak boleh tahan…!”

“Apa beza awak dengan awan?”
“Awan bawa hujan, awak bawa cinta saya”

Artikel menarik: 30 Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan

Contoh Pickup Line Power

Berikut adalah beberapa contoh Ayat Pickup Line padu yang boleh anda cuba dengan pasangan anda:

“Awak dah makan nasi?”
“Dah, saya kalau tak makan nasi sehari saya lemau”
“Saya pun sama kalau tak ada awak”

“Mintak maaf cik..boleh saya pinjam telefon cik kejap?”
“Mak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia cepat-cepat”

“Awak dah makan nasi?”
“Sudah, kalau tak makan nasi saya lemau”
“Macam tu la saya lemau kalau takda awak”

“Awak tahu apa beza awak dengan kamera?”
“Tak tahu”
“Kamera menyimpan kenangan, awak mencipta kenangan dengan saya”

“Apa beza awak dengan gula-gula?”
“Apa beza dia?”
“Gula-gula manis di mulut, tapi awak manis di hati saya”

“Awak hari ini hari apa?”
“Hari ni hari Rabu”
“Salah! Hari ni hari awak cantik sangat”

“Awak saya sakit lah”
“Sakit apa?”
“Sakit mencintai awak secara diam-diam”

“Awak ni cantik tau tapi sayang…”
“Kenapa sayang?”
“Akhirnya awak panggil saya sayang”

“Awak tahu apa beza awak dengan tenggiling?”
“Tak tahu!”
“Tenggiling itu eksotik, awak fantastic!”

“Banyak ayat-ayat pickup line saya dah kongsikan, tapi sebenarnya tak pandai pun pickup line ni”
“Ye ke?”
“Ye betul, saya tak tak pandai pickup line, tapi pikat awak saya pandai”

“Awak asal mana?”
“Saya asal Sg Petani”..
“Salah, awak sebenarnya asal dari Tulang Rusuk Kiri Saya”..

“Agak-agak rumah ape yang paling indah?”
“Rumah banglo?”..
“Salah, rumah yang paling indah adalah Rumah Tangga yang bakal kita bina”.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!