Advertisements

Tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB Untuk Warga Pantai Timur

Advertisements

Sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan satu perkhidmatan tren khas iaitu Ekspres Khas Keluarga Malaysia.

Perjalanan tren yang akan bermula pada 29 April 2022 ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dan KTMB sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia yang akan pulang berhari raya dengan selamat serta harga tambang yang berpatutan.

Dengan membawa slogan “Maghi Kelik Kampung”, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perkhidmatan ini dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya yang sering dihadapi warga pantai Timur setiap kali musim perayaan tiba. Sebanyak 516 tiket ditawarkan bagi tren khas ini.

Advertisements
Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Baca Juga : Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia

Perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Perkhidmatan ini akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur dan bakal memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

Tren ini dijadualkan akan berlepas pada 29 April 2022, jam 11 malam dari KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen iaitu :

  • Bandar Tasik Selatan
  • Kajang
  • Nilai
  • Seremban
  • Pulau Sebang
  • Mentakab
  • Jerantut
  • Gua Musang
  • Pasir Mas
  • Tumpat

Perjalanan tren ini dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April pada jam 3.55 petang.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Sementara itu, perjalanan balik dari Stesen Tumpat pula adalah pada 7 Mei 2022 jam 10.50 malam dan dijadualkan akan tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei jam 3.04 petang.

Jadual Perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Jadual perjalanan tren ekspres khas ini adalah seperti berikut :

Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Kemudahan Yang Ditawarkan Oleh Tren Khas

Di samping menawarkan harga yang berpatutan, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh tren khas iaitu :

  • Koc katil
  • Koc tempat duduk premier dan superior
  • Koc buffet
  • Koc chillax untuk aktiviti solat, moreh atau santai bersama penumpang lain
  • Cenderahati khas

Tarikh Pembelian & Harga Tiket Tren Khas

Untuk makluman, tarikh pembelian perkhidmatan tren khas bakal dijual mulai 15 April 2022.

Harga yang ditawarkan pula bermula daripada RM 55.00 hingga RM 83.00 bagi perjalanan sehala.

Ekspres Khas Keluarga Malaysia

Perkhidmatan ETS Tambahan

Di samping itu, KTMB turut menawarkan dia perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan dengan 4,368 tiket ekoran permintaan yang tinggi sempena musim perayaan ini.

Pertambahan ini melibatkan perjalanan KL Sentral – Padang Besar dan sebaliknya bagi tarikh 29 April hingga 2 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei.

Tarikh-tarikh ini ditetapkan berikutan status jualan tiket yang habis dijual pada tempoh tersebut.

Jualan tiket untuk tren tambahan akan bermula pada 15 April 2022.

Cara Pembelian Tiket Tren Khas Dan Tren Tambahan ETS

Pengguna disarankan untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman rasmi KTMB.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, mengenai Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia dan tren tambahan, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari saluran media sosial rasmi KTMB.

Leave a Comment