Advertisements

Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran tajaan biasiswa Pendidikan MAHSA University kini dibuka.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan permohonan daripada pelajar yang memenuhi kelayakan.

Permohonan dari pelajar yang tergolong dalam kumpulan asnaf Fakir dan Miskin adalah diutamakan.

Biasiswa Pendidikan MAHSA University merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh MAHSA University bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di universiti ini.

Baca Juga : ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Biasiswa Pendidikan MAHSA University

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan bagi biasiswa ini dibuka sehingga 10 Jun 2022.

Bentuk Tajaan Tawaran Biasiswa MAHSA University

Bentuk tajaan yang akan ditanggung oleh pihak universiti sepanjang pengajian kepada individu yang berkelayakan adalah seperti berikut :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Pengajian
  • Asrama

Bidang Pengajian

  • Bidang pengajian yang ditawarkan bagi biasiswa ini adalah Diploma in Business Administration.
  • Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun (4 semester).
  • Calon yang berjaya memperoleh biasiswa ini akan teruskan pengajian di MAHSA UNIVERSITY, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor

Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Sedang bermastautin atau menetap di Negeri Kedah atau warganegara Malaysia.
  • Pemohon berusia 17 tahun dan ke atas.
  • Keputusan SPM minima 3 kredit dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Keutamaan diberikan kepada asnaf Fakir dan Miskin.

Cara Memohon

Calon boleh lakukan permohonan biasiswa ini berpandukan langkah-langkah berikut :

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan Mahsa University, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740.

Leave a Comment