Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022  

Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022   ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta untuk pelajar yang menetap di Pasir Gudang kini dibuka.

Bantuan ini ditawarkan sebagai tanda pengiktirafan Yayasan pasir Gudang kepada siswazah setmpat yang berjaya mlanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

Untuk malkuman, bantuan ini dibuka mengikut fasa. Pada waktu ini, permohonan bagi fasa keempat kini dibuka.

Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah RM 300 seorang.

Peringkat Pengajian Yang Layak Memohon

Bantuan ini ditawarkan bagi siswazah yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke peringkat berikut :

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Merupakan warganergara Malaysia dan Kad Pengenalan beralamat di majlis Bandaraya Pasir Gudang.
  2. Diploma/Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama.
  3. Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS
  4. Pendapatan isi rumah/keluarga tidak melebihi RM 4,000

Cara Mohon Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022  

Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan selewat-lewatnya pada Jun 2022.

Permohonan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :

Secara Online

Permohonan secara atas talian boleh dilakukan melalui pautan di berikut :

BANTUAN PENDAFTARAN IPTA YAYASAN PASIR GUDANG

Pemohon juga dikehendaki untuk muat naik salinan kad pengenalan diri, ibu bapa, slip gaji ketua isi rumah dan surat tawaran kemasukan IPTA/S.

Secara Manual

Pemohon boleh dapatkan borang permohonan melalui pautan di bawah dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang.

Pemohon mestilah kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diminta pada tarikh yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :

019- 329 8714

014- 690 4745

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!