Tarikh Mengundi PRN 2023 – Pilihan Raya 6 Negeri (PRU DUN 15)

PRN 2023 – Tarikh Mengundi Bagi Pilihan Raya 6 Negeri

PRN 6 NEGERI: RAKYAT KEMBALI MEMILIH

SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon, tarikh mengundi awal, dan tarikh mengundi bagi enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, pilihan raya merupakan ruang yang diberikan kepada rakyat untuk kembali memilih kepemimpinan kerajaan negeri yang baharu bagi tempoh 5 tahun.

Sebagai rakyat yang matang, kita perlu memilih calon pemimpin yang bertanding berdasarkan kriteria yang unggul, antaranya berintegriti, bersih, mempunyai daya kepemimpinan yang kuat, berilmu, berjiwa patriotisme serta bebas daripada rasuah.

Selain itu, kriteria yang paling utama bagi seorang bakal pemimpin negeri ialah mampu untuk mentadbir negeri dengan bijak serta mempunyai diplomasi dan hikmah yang hebat dalam membawa negeri berinteraksi di peringkat persekutuan dan juga di peringkat dunia.

Selamat memulakan kampen buat semua calon yang bakal bertanding dan juga para penyokong. Pastikan kita menjaga adab, tatasusila dan peraturan yang ditetapkan. Berkempenlah dengan sihat kerana rakyat menilai segalanya.

Semoga pemimpin yang bakal dipilih nanti mampu membawa negeri ke arah kemajuan dan kesejahteraan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pilihan Raya Negeri dan calon PRN di 6 buah negeri bagi tahun 2023.

pru-15

Negeri Yang Terlibat Dalam PRN 2023

6 buah negeri yang akan terlibat dalam PRN 2023 adalah:

  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
Tarikh prn 2023

Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas pada Rabu, 5 Julai 2023 berkaitan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan 6 negeri.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas SPR menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.

Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang membincangkan tarikh-tarikh penting PRN 2023 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri 2023 yang telah ditetapkan oleh SPR.

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI (PRN 2023)

  • Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)
  • Hari Mengundi : 12 OGOS 2023 (SABTU)

Bilangan Kerusi DUN Yang Dipertandingkan Dalam PRN 2023

Berikut adalah kekosongan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri 2023 :

  • 36 kerusi Dewan Negeri Kedah
  • 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan
  • 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu
  • 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang
  • 56 kerusi Dewan Negeri Selangor
  • 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan

570 calon bertanding merebut 245 kerusi DUN pada pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos ini.

calon prn 2023

Pilihan Raya merupakan Hari Raya terbesar negara kita, semua rakyat akan meraikannya.

Proses Pilihan Raya

Secara lebih terperinci, berikut adalah 10 proses pilihanraya yang diterangkan di laman web SPR:

1. Pembubaran Parlimen

2. SPR Terima Pemakluman Rasmi Daripada Speaker

Setelah pembubaran dewan rakyat, SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada speaker menyatakan dewan rakyat telah di bubarkan maka tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari SPR akan mengadakan mesyuarat khas.

3. Mesyuarat Khas SPR

Mesyuarat Khas SPR adalah bertujuan untuk menentukan tarikh-tarkh penting Pilihan Raya PRU15 yang telah ditetapkan seperti:

– Tarikh Hari Penamaan Calon;
– Tarikh Hari Undi Awal; dan
– Tarikh Hari Mengundi PRU15

4. Pegawai Pengurus Terima Writ Daripada SPR

Setelah mengadakan mesyuarat khas dan menentukan tarikh-tarikh.

SPR akan melantik Pegawai Pengurus melalui Writ.

Writ Pilihan Raya adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR kepada Pegawai Pengurus untuk melaksanakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil apabila berlaku kekosongan di bahagian pilihan raya berkenaan.

5. Pegawai Pengurus Keluar Notis

Setelah dilantik Pegawai Pengurus akan mengeluarkan suatu NOTIS PEMBERITAHUAN kepada orang ramai tentang kekosongan Dewan Rakyat/DUN dan pelawaan untuk penamaan calon bagi mengisi kerusi tersebut.

Notis mengandungi butiran masa dan tempat penamaan calon. Notis perlu di tampal di tempat-tempat awam yang mudah dilihat.

6. Penamaan Calon

Penamaan Calon adalah suatu hari yang ditetapkan bagi membolehkan mana-mana rakyat yang layak dan ingin menjadi Calon untuk bertanding Hadir bersama Pencadang dan Penyokong bagi menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

7. Kempen

Setelah diumumkan suatu bahagian pilihan raya itu dipertandingkan Calon-calon boleh mula berkempen dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

Kempen dipantau oleh Pasukan Penguat kuasa kempen Pilihan Raya.

8. Pengundian Awal

Pengundian Awal akan dijalankan tidak kurang daripda 3 hari sebelum Hari Mengundi.

Pengundian awal melibatkan :

– Polis
– Tentera dan Pasangan
– PGA dan Pasangan

Mana-mana orang yang tidak dapat hari pengundian awal kerana bertugas pada hari mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos.

pru-15 tarikh pru15

9. Pengundian

Hari mengundi adalah Hari yang telah ditetapkan oleh SPR untuk pemilih yang berdaftar di bahagian pilihan raya yang telah ditetapkan untuk mengundi dijalankan dan berakhir apabila keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.

Tarikh PRU15 akan ditetapkan dan akan dikemaskini di sini.

10. Penjumlahan Rasmi Undi / Keputusan

Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.

Setelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan.

Dah semak tempat mengundi? Rujuk : MySPR Semak – Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)

Baca juga : Semakan Calon PRN 6 Negeri (PN,PH,BN,PAS) 2023 – SPR

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!