Tarikh Akhir Pos Barang Raya 2026 & Penutupan Operasi

tarikh akhir pos barang raya 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PENGUMUMAN TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2026 & WAKTU OPERASI / PENUTUPAN SEMPENA AIDILFITRI – POS MALAYSIA

Tentunya menjelang Hari Raya kali ini, lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk Hari Raya Aidiladha secara online.

Menjelang Hari Raya, peniaga juga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan dan barangan yang dibeli oleh pelanggan.

Namun, perlu diingat bahawa terdapat tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh Akhir Pos Barang Yang Disyorkan Untuk Memastikan Barang Tiba Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2026

Kebanyakan syarikat kurier menetapkan tarikh akhir pos barang ke Semenanjung Malaysia antara 14 hingga 17 Mac 2026, manakala bagi Sabah dan Sarawak pula antara 11 hingga 13 Mac 2026.

Oleh itu, orang ramai disarankan membuat penghantaran lebih awal bagi memastikan bungkusan sempat tiba sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

tarikh akhir pos barang raya 2026

TARIKH AKHIR POS BARANG BAGI SYARIKAT KURIER LAIN DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai penuh cut-off date bagi syarikat kurier J&T, NinjaVan, DHL, City Link Express dan Shopee Express.

SHOPEE EXPRESS

Bagi Semenanjung Malaysia, tarikh akhir pos barang ialah 17 Mac 2026, manakala bagi Sabah dan Sarawak, ia adalah pada 13 Mac 2026.

J&T EXPRESS

Bagi J&T Express, tarikh penghantaran optimum berbeza mengikut laluan penghantaran bagi memastikan bungkusan sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri 2026. Untuk penghantaran Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia, pelanggan disarankan membuat penghantaran sebelum 16 Mac 2026.

Bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak serta Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia, tarikh penghantaran optimum ialah sebelum 12 Mac 2026.

Sementara itu, bagi penghantaran antara Sabah dan Sarawak, tarikh yang disyorkan ialah sebelum 14 Mac 2026.

Berikut ialah jadual ringkasan tarikh penghantaran J&T Express sempena Hari Raya Aidilfitri 2026:

Laluan PenghantaranTarikh Penghantaran OptimumAnggaran Terima
Semenanjung Malaysia → Semenanjung MalaysiaSebelum 16 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026
Semenanjung Malaysia → Sabah / SarawakSebelum 12 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026
Sabah / Sarawak → Semenanjung MalaysiaSebelum 12 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026
Sabah → SarawakSebelum 14 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026
Sarawak → SabahSebelum 14 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026
Sabah → Sabah (dalam negeri)Sebelum 16 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026
Sarawak → Sarawak (dalam negeri)Sebelum 16 Mac 2026Sebelum / sekitar 20 Mac 2026

Ninja Van

Bagi Ninja Van, tarikh akhir penghantaran Last-Mile Delivery ialah 16 Mac 2026 bagi Semenanjung Malaysia dan 13 Mac 2026 bagi Sabah serta Sarawak bagi memastikan bungkusan tiba sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perkhidmatan Ninja Cold (B2C) pula menetapkan tarikh akhir pengambilan pada 13 Mac 2026 dengan penghantaran terakhir dijangka pada 20 Mac 2026.

Semua penghantaran akan dihentikan sementara pada 21 Mac 2026 dan disambung semula pada 23 Mac 2026

Bagi City-Link Express, pelanggan disarankan membuat penghantaran lebih awal bagi memastikan bungkusan tiba sebelum Hari Raya Aidilfitri 2026.

Untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, tarikh pengambilan yang disyorkan ialah 16 Mac 2026, dengan anggaran penghantaran sebelum 20 Mac 2026 (kecuali Kelantan dan Terengganu).

Bagi Sabah dan Sarawak, tarikh pengambilan yang dicadangkan ialah 13 Mac 2026, dengan anggaran penghantaran juga sebelum 20 Mac 2026. Penghantaran yang dibuat selepas tarikh tersebut dijangka hanya akan diterima selepas 24 Mac 2026.

GD Express

Bagi GD Express (GDEX), pelanggan disarankan membuat penghantaran lebih awal bagi memastikan bungkusan tiba sebelum Hari Raya Aidilfitri 2026.

Tarikh pengambilan yang disyorkan ialah 16 Mac 2026 bagi Semenanjung Malaysia dan 13 Mac 2026 bagi Sabah serta Sarawak, dengan anggaran penghantaran sebelum 20 Mac 2026 (kecuali Kelantan dan Terengganu).

Penghantaran yang dibuat selepas tarikh tersebut dijangka hanya akan diterima selepas 24 Mac 2026

POS MALAYSIA

Bagi Semenanjung Malaysia, tarikh akhir pos barang ialah 16 Mac 2026, manakala bagi Sabah dan Sarawak, ia adalah pada 13 Mac 2026.

Jangan Lupa Pos Barang Sebelum Tarikh Akhir Ini Untuk Pastikan Sampai Sebelum Raya 2026!

Semoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.

Jadi, jangan tunggu saat akhir ya.

Hantar bungkusan anda segera sebelum tarikh yang dinyatakan ok!

Soalan Lazim Tarikh Akhir Pos Barang Raya 2026

1. Bilakah tarikh akhir pos barang sebelum Hari Raya Aidilfitri 2026?

Secara umum, tarikh akhir pos barang bagi kebanyakan syarikat kurier di Malaysia ialah sekitar 14 hingga 17 Mac 2026 bagi Semenanjung Malaysia dan 11 hingga 13 Mac 2026 bagi Sabah serta Sarawak, bergantung kepada syarikat kurier dan laluan penghantaran.

2. Mengapa perlu pos barang lebih awal sebelum Hari Raya?

Penghantaran lebih awal membantu mengelakkan kelewatan kerana jumlah bungkusan biasanya meningkat dengan ketara menjelang Hari Raya. Ia juga memastikan barang atau hadiah sampai kepada penerima sebelum perayaan.

3. Apa yang berlaku jika pos barang selepas tarikh akhir?

Jika bungkusan dihantar selepas tarikh akhir yang disyorkan, kemungkinan besar penghantaran hanya akan dibuat semasa atau selepas Hari Raya Aidilfitri.

4. Adakah semua syarikat kurier mempunyai tarikh akhir yang sama?

Tidak. Setiap syarikat kurier seperti Pos Laju, Ninja Van, J&T Express, GDEX dan lain-lain mempunyai tarikh akhir yang berbeza bergantung kepada kapasiti operasi dan destinasi penghantaran.

5. Bagaimana cara memastikan barang sampai sebelum Hari Raya?

Anda disarankan untuk membuat penghantaran beberapa hari lebih awal daripada tarikh akhir, membungkus barang dengan kemas, serta menggunakan perkhidmatan kurier yang mempunyai rekod penghantaran yang cepat dan boleh dipercayai.

6. Adakah perkhidmatan kurier beroperasi semasa Hari Raya?

Kebanyakan syarikat kurier akan mengurangkan operasi atau menghentikan sementara penghantaran pada hari-hari utama Hari Raya sebelum menyambung semula perkhidmatan beberapa hari selepas itu.

7. Bagaimana untuk menyemak status penghantaran barang?

Anda boleh menyemak status penghantaran melalui nombor penjejakan (tracking number) di laman web rasmi atau aplikasi syarikat kurier yang digunakan.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut