Permohonan Program PROWIRA-RTW Graduan Yayasan LTAT

prowira-rtw graduan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Graduan baharu dan masih mencari peluang untuk mulakan kerjaya dalam kalangan anak Warga ATM, Anak Veteran ATM serta Anak Warga Awam MINDEF adalah dialu-alukan untuk memohon Program PROWIRA – RTW Graduan menerusi pautan http://www.prowiragraduan.com/portal.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program PROWIRA-RTW Graduan

Program PROWIRA – RTW Graduan merupakan satu inisiatif strategik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dilaksanakan melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT).

Ia diwujudkan bagi membantu graduan membina pengalaman kerja sebenar, meningkatkan kemahiran kerjaya serta mempersiapkan diri menjadi tenaga kerja profesional dan berdaya saing.

Matlamat utama program ini diwujudkan adalah:

  • Membentuk graduan menjadi profesional berketerampilan tinggi dan berdaya saing.
  • Memberi pendedahan kepada pengalaman kerja dunia sebenar yang relevan dengan keperluan industri.
  • Menyediakan platform pembangunan diri melalui bimbingan mentor industri dan latihan kemahiran.
  • Menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan tenaga kerja muda yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan.

Program ini dirangka khusus untuk memperkasa graduan ijazah sarjana muda dalam kalangan anak warga kerja pertahanan memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam tempoh 12 bulan di syarikat-syarikat rakan strategik terpilih, merangkumi industri pertahanan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta syarikat sektor swasta berdaya saing.

Tempoh Program

Tempoh pelaksanaan adalah selama 12 bulan, merangkumi latihan di tempat kerja dan penyertaan dalam pelbagai modul pembangunan profesional.

Faedah Diperoleh

Antara faedah yang bakal diperoleh dalam program ini adalah:

  • Elaun Bulanan RM2,000 bagi membantu kos sara hidup sepanjang tempoh program.
  • Perlindungan SOCSO penuh bagi memastikan kebajikan peserta sentiasa terjamin.
  • Latihan Kemahiran Profesional yang merangkumi kemahiran teknikal, komunikasi, kepimpinan dan etika kerja.
  • Bimbingan Mentor-Mentee secara berstruktur daripada profesional berpengalaman dalam industri.
  • Peluang Jaringan Profesional (Networking) bersama syarikat-syarikat strategik dan pemain utama industri pertahanan serta sektor korporat.
  • Peningkatan Kebolehpasaran Graduan melalui pengalaman kerja sebenar dan pengetahuan praktikal yang diperoleh sepanjang program.
  • Sijil Penyertaan PROWIRA- RTW Graduan sebagai pengiktirafan rasmi bagi peserta yang berjaya menamatkan program.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Merupakan anak anggota ATM, anak veteran ATM atau anak awam Kementerian Pertahanan.
  2. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf MQA.
  3. Had umur kelayakan adalah di bawah 30 tahun.

Cara Memohon

Individu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan http://www.prowiragraduan.com/portal.
  2. Tekan butang “Daftar Sekarang”
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Hantar permohonan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program PROWIRA – RTW Graduan?

Program PROWIRA – RTW Graduan merupakan satu inisiatif strategik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dilaksanakan melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) untuk membantu graduan membina pengalaman kerja sebenar, meningkatkan kemahiran kerjaya serta mempersiapkan diri menjadi tenaga kerja profesional dan berdaya saing.

Berapa lamakah tempoh pelaksanaan program ini?

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 12 bulan.

Apakah faedah yang diperoleh menerusi program ini?

– Elaun Bulanan RM2,000 bagi membantu kos sara hidup sepanjang tempoh program.
– Perlindungan SOCSO penuh bagi memastikan kebajikan peserta sentiasa terjamin.
– Latihan Kemahiran Profesional yang merangkumi kemahiran teknikal, komunikasi, kepimpinan dan etika kerja.
– Bimbingan Mentor-Mentee secara berstruktur daripada profesional berpengalaman dalam industri.
– Peluang Jaringan Profesional (Networking) bersama syarikat-syarikat strategik dan pemain utama industri pertahanan serta sektor korporat.
– Peningkatan Kebolehpasaran Graduan melalui pengalaman kerja sebenar dan pengetahuan praktikal yang diperoleh sepanjang program.
– Sijil Penyertaan PROWIRA- RTW Graduan sebagai pengiktirafan rasmi bagi peserta yang berjaya menamatkan program.

Siapakah yang boleh memohon program ini?

Program ini boleh dipohon oleh anak anggota ATM, anak veteran ATM atau anak awam Kementerian Pertahanan.

Bagaimanakah cara untuk memohon program ini?

Program ini boleh dipohon menerusi laman web http://www.prowiragraduan.com/portal.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Yayasan LTAT https://yayasanltat.org.my atau Portal PROWIRA-RTW Graduan di pautan www.prowiragraduan.com.

Baca juga: Graduan MOHE : Kemaskini & Semakan Rekod Akademik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut