Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan program Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home sebagai inisiatif baharu bagi membantu rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif dan rebat ini.

Mengenai SuRIA Home
SuRIA Home ialah inisiatif baharu PETRA yang diperkenalkan untuk membantu dan menggalakkan rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman mereka.
Inisiatif ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Amar Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Peralian Tenaga dan Transformasi Air semasa Perhimpunan Bulanan PETRA di Menara PETRA pada 22 Mei 2026.
Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah Kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan global (KBG) berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global akibat konflik geopolitik di Asia Barat.
Selain itu, inisiatif ini juga diperkenalkan untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara seperti yang disarankan oleh pihak Kerajaan.
Pelaksanaan inisiatif rebat solar ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta yang akan diberikan kepada mereka yang memasang sistem solar bumbung di rumah mereka.
Umumnya, pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan manfaat peralihan tenaga dapat dirasai secara langsung oleh rakyat, selaras dengan prinsip keterangkuman, kemampanan dan keterjaminan tenaga negara.


Jumlah Rebat
Pengguna Domestik yang memasang sistem Solar ATAP serta memenuhi kriteria kelayakan boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac.
Ini dijangka memberi manfaat kepada antara 45,000 hingga 50,000 rumah dengan kapasiti solar terkumpul sekitar 250MW.
Tarikh Pelaksanaan
Inisiatif ini dibuka kepada pemasangan solar yang di bawah program Solar ATAP yang mula beroperasi bagi tempo sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota 250MW dipenuhi, yang mana terdahulu.
Pelaksanaan rebat ini akan bermula pada 1 Jun 2026 dan ianya tertakluk kepada prinsip first come, first served.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memperoleh rebat ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Merupakan pengguna individu Domestik Voltan Rendah (LV).
- Telah berjaya memulatugas sistem solar ATAP dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
- Tidak pernah menerima bantuan atau rebat solar sebelum ini.
Cara Penyaluran Rebat
Pengguna yang layak akan diberi notifikasi menerusi email berdaftar dengan TNB untuk memajukan butiran akaun bank.
Pembayaran rebat akan disalurkan terus ke akaun bank tempatan di bawah nama pelanggan TNB yang berdaftar selepas pengesahan permohonan dibuat oleh pihak TNB.
Cara Permohonan Rebat
Untuk memohon rebat ini, pihak PETRA akan memaklumkan cara-cara permohonan rebat ini mulai 1 Jun 2026.
Soalan Lazim
SuRIA Home merupakan inisiatif baharu PETRA yang diperkenalkan untuk membantu dan menggalakkan rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman.
Antara matlamat program ini adalah membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan global (KBG) berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global akibat konflik geopolitik di Asia Barat selain mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara.
Rebat yang ditawarkan adalah RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac.
Pelaksanaan rebat ini bermula pada 1 Jun 2026 dan ianya tertakluk kepada prinsip first come, first served.
– Warganegara Malaysia.
– Merupakan pengguna individu Domestik Voltan Rendah (LV).
– Telah berjaya memulatugas sistem solar ATAP dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
– Tidak pernah menerima bantuan atau rebat solar sebelum ini.
Pembayaran rebat akan disalurkan terus ke akaun bank tempatan di bawah nama pelanggan TNB yang berdaftar.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai SuRIA Home, sila layari laman web PETRA iaitu https://www.petra.gov.my.
Baca juga: 15 Lampu Solar Luar Rumah Tahan Lama untuk Semua Cuaca




