Permohonan Bantuan Awal Ke IPT MUIP 2026

bantuan awal ke ipt
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukacita dimaklumkan bahawa siswa kelahiran Pahang kini berpeluang untuk memohon Bantuan Awal ke IPT MUIP yang boleh dipohon menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan awal ini.

Apa Itu Bantuan Awal Ke IPT MUIP?

Bantuan Awal ke IPT MUIP merupakan bantuan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) khusus kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Bantuan ini ditawarkan buat pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian iaiti Sijil Asasi / Matrikulasi, Diplima, Sarjana Muda, Sarjana Muda (PJJ), Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD).

Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada siswa kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara dalam salah satu peringkat pengajian seperti yang dinyatakan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian seperti di bawah :

  • Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 400
  • Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)  : RM 600
  • Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,000
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00
  • Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,500.00
  • Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000
  • Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,000

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Asasi/Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana/Master
  • PhD

Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Beragama Islam.
  • Bermastautin di Negeri Pahang iaitu alamat Kad Pengenalan beralamat di NEGERI PAHANG bagi Pemohon dan Ibu Bapa / Penjaga
  • Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT (dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh surat tawaran)
  • Bagi setiap kategori permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian
  • Mengikuti Pengajian berikut:
    – Asasi/Matrikulasi
    – Diploma
    – Ijazah Sarjana Muda
    – Ijazah Sarjana/Master
    – PhD
  • Perlu disertakan resit bayaran pendaftaran / slip pendaftaran.
  • Bagi permohonan PhD perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
    – Surat Kelulusan Proposal Defense

Cara Memohon

Pelajar boleh lakukan permohonan secara online melalui pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.

Pengguna baharu perlulah mendaftar sebelum mulakan permohonan dan pemohon diingatkan supaya memasukkan nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan pihak pentadbiran MUIP untuk membuat bayaran dan menghubungi pemohon.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Awal ke IPT MUIP?

Bantuan Awal ke IPT MUIP ialah bantuan yang disediakan oleh MUIP khusus kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Berapakah kadar bantuan yang bakal diterima pemohon?

– Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 400
– Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)  : RM 600
– Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,000
– Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00
– Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,500.00
– Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000
– Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,000

Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon?

– Asasi/Matrikulasi
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
– Ijazah Sarjana/Master
– PhD

Jika saya belum lagi mendapat tawaran daripada IPT, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Permohon mestilah mendapat tawaran pengajian daripada IPT dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh surat tawaran,

Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh pelajar PhD?

Pemohon PhD perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu Surat Kelulusan Proposal Defense.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Pemohon perlu memohon menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Awal Ke IPT MUIP, sila layari laman web https://zakat4pengajian.muip.gov.my/.

Baca juga: BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut