TAPEM Online : Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka kini menawarkan Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM untuk anak kelahiran Melaka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan anak-anak Melaka bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Anak Melaka yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon.

Berikut dikongsikan info selanjutnya untuk makluman bakal pemohon.

Apakah Bantuan TAPEM?

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.

TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
    • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan aktiviti utama TAPEM. Pinjaman ini terbuka kepada “ANAK NEGERI MELAKA” Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
    • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
    • Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Melaka merangkumi Biasiswa Biasa dan Biasiswa Asnaf
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
    • Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa baucar bagi pembelian bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

Baca Juga : Bantuan Awal Pendidikan JPKM Untuk Pelajar Wilayah Persekutuan

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM

Kadar Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM

Kadar bantuan yang akan diberikan secara one-off akan dibayar mengikut peringkat pengajian seperti berikut :

  • Diploma : RM 300
  • Ijazah : RM 400
  • Sarjana : RM 400
  • PhD : RM 400

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon lahir di negeri Melaka
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka
  • Pengundi di Negeri Melaka
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pnegajian Tinggi (IPT)
  • Permohonan boleh dilakukan bagi kemasukan kali pertama bagi setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya ibu bapa pemohon (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih daripada 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang)

Nota :

Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara MALAYSIA tidak layak untuk dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat tidak akan dilayan.

Cara Memohon Bantuan TAPEM

Pemohon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pendaftaran di IPT.

Anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di http://tapemonline.melaka.gov.my

Untuk permohonan secara manual, sila dapatkan borang permohonan bantuan di pejabat TAPEM pada waktu pejabat.

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar kepada alamat berikut :

Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidkan Negeri Melaka,

No. 34 – 4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang,

Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,

75450 Melaka.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon diminta untuk sertakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  •  Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon
  •  Salinan Sijil Lahir pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon
  • Salinan Sijil sekiranya ibu bapa calon bercerai, meninggal dunia atau ibu/Bapa Tiri (sertakan 1 salinan Sijil Nikah)
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mempunyai tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.
  • Salinan Buku Akaun / Penyata Bank / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.

-Bank yang aktif sahaja

-Akaun bersama tidak dibenarkan

-Pastikan nama dan nombor akaun jelas

  • Salinan sijil berhenti sekolah rendah
  • Salinan berhenti sekolah menengah
  • Salinan bidang pengajian yang mempunyai pendaftaran Malaysian Qualifications Agency (MQA)

* Sila pastkan semua salinan dokumen di atas telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM, sila hubungi talian 06-333 3333 sambungan 7550 atau 7554.

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM

No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka

 +606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10

 +606-2331450

 [email protected]

2.2737820,102.2887070

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!