Bantuan Awal Pendidikan JPKM Untuk Pelajar Wilayah Persekutuan

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Pendidikan JPKM kini dibuka untuk pelajar yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Bantuan yang diwujudkan hasil kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) disediakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan, keusahawanan serta kepimpinan.

Baca Juga : Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022. Permohonan terhad bagi 2,000 orang penerima awal sahaja.

Jenis Bantuan Yang Ditawarkan

Jenis bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Bantuan wang pendahuluan/pendaftaran.
  • Bantuan cermin mata percuma.
  • Sumbangan Laptop MAIWP.
  • Bantuan kelengkapan asas.
Bantuan Awal Pendidikan JPKM

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Pendidikan Awal JPKM

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon wajib melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.

* Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta kemukakan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon & ibu bapa/penjaga
  • Salinan surat beranak pemohon & ibu bapa/penjaga
  • Salinan penyata bank
  • Bil yuran pelajar (jika berkaitan)
  • Penyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/ pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga
  • Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
Bantuan Awal Pendidikan JPKM

Kaedah Permohonan

Calon  boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

Pemohon yang layak boleh dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN.

Lengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022.

Dapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)

Penghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:

SEKRETARIAT JPKM 2022

Yayasan Prihatin Nasional,

No. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,

40170, Setia Alam,

Selangor Darul Ehsan

No. Telefon: +603-3358 8612

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai , pemohon boleh emel ke [email protected] atau hubungi whatsapp: 012-2788612.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!