Tawaran Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Penang Port kini mengumumkan pelanjutan tambang feri Pulau Pinang buat semua pengguna untuk tahun 2023.

Penang Port komited dalam mengurus, mengendalikan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan di Pulau Pinang.

Seperti yang kita tahu, pengangkutan feri di Pulau Mutiara sudah menjadi sebahagian keperluan harian pengguna setempat yang perlu berulang alik daripada kawasan tanah ke besar ke pulau.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara tebus tambang feri Pulau Pinang percuma.

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma

Baca Juga : Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan

Tambang feri percuma ditawarkan di dua terminal feri iaitu :

  • Pengkalan Sultan Abdul Halim
  • Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT)

Tempoh Tambang Percuma

Tempoh tawaran ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023.

Penumpang Yang Layak Memohon

Tawaran ini dikhaskan kepada warganegara Malaysia sahaja (pemegang MyKad/MyKid).

Jadual Perjalanan Feri

Bermula 1 Januari 2023, jadual perjalanan feri akan dikemaskini seperti jadual di bawah :

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma
Tambang Feri Pulau Pinang Percuma

Untuk makluman, bermula 1 Januari hingga 31 Julai 2023, perkhidmatan feri RORO yang membawa motosikal dan basikal akan dihentikan buat sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf.

Ini bermakna, hanya feri yang membawa pejalan kaki sahaja yang akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut.

Anda boleh rujuk Soalan Lazim mengenai fasa peralihan ini menerusi pautan berikut :

SOALAN LAZIM FASA PERALIHAN FERI

Cara Tebus Tambang Feri Pulau Pinang Percuma

Untuk nikmati tawaran ini, pengguna hanya perlu mendaftarkan MyKad/MyKid di kaunter terminal feri tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran tambang percuma bagi tahun hadapan, sila hubungi 04-3102363 atau layari laman web Penang Port di pautan https://www.penangport.com.my/.  

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!