Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 & Kalendar Akademik KPM

takwim sekolah kpm 2026 kalendar akademik
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Takwim Sekolah 2025 / 2026 – Kalendar Akademik & Cuti KPM

Dikongsikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia – Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan untuk rujukan semua.

Semoga dapat memudahkan ibu bapa merancang dan menguruskan keperluan persekolahan anak- anak sebaiknya.

Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :

Takwim Sekolah 2025 / 2026 – Kalendar Akademik & Cuti KPM

Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)

  • Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu
    • Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
    • Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
    • Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
  • Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
    • Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
    • Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
    • Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025

MUAT TURUN PDF:

Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/

ATAU

Ikuti laman sosial KPM berikut:

TERKINI : Takwim Akademik KPM 2026

menterian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah Kumpulan A – meliputi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Kumpulan B — meliputi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Berikut rumusan penting tentang tarikh cuti sekolah 2026 dan penggal persekolahan:

Penggal 1 Tahun 2026

  • Mula persekolahan: 12 Januari 2026
  • Akhir penggal 1: 22 Mei 2026
  • Jumlah minggu persekolahan: 18 minggu

Cuti Pertengahan Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026 (9 hari)

Cuti Pertengahan Tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026 (16 hari)

Penggal 2 Tahun 2026

  • Mula semula sekolah: 8 Jun 2026
  • Akhir persekolahan: 4 Disember 2026
  • Jumlah minggu persekolahan: 25 minggu

Cuti Pertengahan Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026 (9 hari)

Cuti Akhir Tahun 2026: 5 Disember – 31 Disember 2026 (27 hari)

Baca juga:

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Takwim

Bila sesi persekolahan 2026 bermula?

Sesi persekolahan Tahun 2026 bermula pada 11 Januari 2026 (Kumpulan A) dan 12 Januari 2026 (Kumpulan B), mengikut negeri masing-masing.

Apa beza Kumpulan A dan Kumpulan B?

Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu (cuti Jumaat–Sabtu)
Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya (cuti Sabtu–Ahad)

Berapa lama tempoh persekolahan tahun 2026?

Tempoh keseluruhan ialah 42 minggu sesi persekolahan, dibahagikan kepada dua penggal utama dengan cuti pertengahan dan akhir tahun.

Bilakah cuti pertengahan tahun 2026?

Cuti pertengahan tahun berlangsung dari 23 Mei hingga 7 Jun 2026 bagi Kumpulan B, dan sehari lebih awal bagi Kumpulan A.

Bila cuti akhir tahun 2026?

Cuti akhir tahun bermula pada 5 Disember hingga 31 Disember 2026 (Kumpulan B) dan 4 Disember hingga 30 Disember 2026 (Kumpulan A).

Di mana boleh semak atau muat turun kalendar akademik rasmi 2026?

Anda boleh memuat turun kalendar akademik rasmi melalui laman web KPM di: https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pekeliling_dan_garis_panduan/surat_siaran/bahagian-pengurusan-sekolah-harian/Surat%20Siaran%20KPM%20Bil.%203%202025%20-%20Kalendar%20Akademik%202026.pdf

Berapa hari Cuti Sekolah 2026?

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 21 – 29 Mac 2026 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 23 Mei – 7 Jun 2026 (16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 29 Ogos – 6 Sep 2026 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 5 – 31 Dis 2026 (27 hari)

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut