Cara Tukar Nombor Telefon Untuk Terima TAC Bank Rakyat

TAC Number Bank Rakyat adalah salah satu langkah keselamatan transaksi perbankan internet bagi setiap pelanggan Bank Rakyat.

Dengan penggunaan TAC Number ini, setiap transaksi perlu disahkan oleh pemilik akaun melalui kod TAC yang dihantar ke telefon mudah alih pelanggan berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan Bank Rakyat.

Setiap pengguna perlu sentiasa mengemaskini nombor telefon yang betul bersama akaun mereka untuk membolehkan TAC Number diterima oleh mereka.

Tidak kira berapa banyak kali anda menukar telefon bimbit atau gajet, sekiranya pelanggan masih menggunakan nombor telefon yang sama mereka tetap akan menerima TAC Number untuk setiap transaksi perbankan internet yang dilakukan.

Secara umumnya, terdapat 4 cara untuk menukar atau mengemaskini nombor telefon bagi menerima kod TAC Bank Rakyat:

  1. Melalui cawangan Bank Rakyat
  2. Melalui emel
  3. Melalui talian Tele-Rakyat

Penukaran melalui cawangan Bank Rakyat

Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda dengan membawa bersama dokumen penting seperti kad pengenalan dan kad ATM anda.

Ambil nombor giliran dan tunggu sehhingga nombor anda dipanggil.

Maklumkan kepada pegawai bertugas untuk penukaran nombor telefon bagi penerimaan kod TAC Bank Rakyat.

Penukaran melalui emel

Anda juga boleh menghantar emel untuk meminnta penuakaran nombor telefon.

Hanta emel ke alamat [email protected]

Pada bahagian subjek, letak subjek yang berkaitan misalnya “Penukaran Nombor Telefon Bank Rakyat Bagi Perkhidmatan perbankan Internet”.

Pada bahagian isi emel, nyatakan maklumat peribadi seerti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon lama dan nombor telefon baru.

Pihak Bank Rakyat akan menelefon anda untuk tujuan penukaran.

Penukaran melalui talian Tele-Rakyat

Anda boleh hubungi talian Tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Nyatakan kepada pegawai yang bertugas bahawa anda ingin menukar dan mengeemaskini nommbor telefon bimbit anda untuk penerimaan TAC Bank Rakyat bagi tujuan perbankan internet.

Pegawai bertugas mungkin akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan maklumat peribadi diri anda untuk tujuan pengesahan.

Buat masa ini, laman web dan aplikasi iRakyat tidak lagi menyediakan kemudahan penukaran nombor telefon mudahh alih ini namun diharapkan fungsi ini akan ditambah pada masa hadapan untuk kemudahan semua pelanggan mereka.

Maklumat lanjut: https://www.irakyat.com.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!