Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tahun 2027 boleh mula memohon kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi kemasukan 2027. Permohonan dibuka bermula 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026 dan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://perpaduan.edu.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke tabika ini.

Mengenai Tabika Perpaduan
Tabika Perpaduan adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Tabika ini khusus bagi umur 4 hingga 6 tahun yang mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Pada waktu itu, Lembaga Perpaduan Negara telah dipertanggungawabkan ke atas semua perkara berhubung dengan soal-soal perhubungan kaum dan perpaduan negara.
Matlamat utama penubuhannya pada ketika itu adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum.
Kelebihan Tabika Perpaduan
Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021–2030, iaitu inisiatif strategik Kementerian Perpaduan Negara bagi memberi suntikan dan nafas baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak di bawah kementerian.
Pelan ini bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi yang mempunyai semangat cintakan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Objektif tabika ini diwujudkan adalah untuk:
- Membentuk murid yang mempunyai semangat patriotisme dan semangat perpaduan.
- Murid dapat menunjukkan semangat cintakan negara.
- Murid dapat meraikan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di negara kita.
- Membentuk kemenjadian murid dan memperkembangkan konsep kendiri.
- Murid berpotensi untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta responsif dalam sesi pembelajaran.
- Murid menampilkan peribadi dan perwatakan yang positif.
Kurikulum & Waktu Operasi
Tabika ini mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini mengandungi 6 tunjang sebagai asas utama pembelajararan iaitu :
- Tunjang komunikasi
- Tunjang kemanusiaan
- Tunjang perkembangan fizikal dan estetika
- Tunjang keterampilan diri
- Tunjang kerohanian sikap dan nilai
- Tunjang sains dan teknologi
Matlamat KSPK ini adalah untuk memperkembangkan potensi murid seawal usia 4 hingga 6 tahun secara holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sila rujuk waktu operasi / sesi persekolahan dalam jadual di bawah:

Senarai Tabika Perpaduan
Senarai tabika ini di seluruh Malaysia adalah seperti di bawah mengikut negeri :
- Johor
- Melaka
- Pahang
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perak
- Terengganu
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026.
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan ke tabika ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad
- Berumur daripada empat (4) hingga enam (6) tahunKeutamaan diberikan kepada kanak-kanak berumur lima (5) hingga enam (6) tahun
- Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi Tabika Perpaduan
- Kanak-kanak bukan berkeperluan khas
Cara Memohon
Terdapat 2 kaedah permohonan kemasukan bagi tahun 2027, iaitu :
KAEDAH 1 : PERMOHONAN ONLINE
- Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan rasmi https://perpaduan.edu.my/
- Ibu bapa atau penjaga akan mendapat keputusan bagi permohonan pendaftaran kanak-kanak ke Tabika Perpaduan pada 1 Oktober secara semakan atas talian di link DI SINI, emel, whatsapp atau pegeposan surat secara terus.
KAEDAH 2 : PERMOHONAN MANUAL
- Ibu bapa atau penjaga boleh terus ke Tabika Perpaduan yang dipohon untuk mendapatkan borang pendaftaran dan mengisi borang tersebut.
- Ibu bapa atau penjaga akan mendapat keputusan bagi pendaftaran kanak-kanak ke Tabika Perpaduan pada bulan September secara emel, whatsapp atau pegneposan surat secara terus.
Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Tabika Perpaduan 2027
Tabika Perpaduan merupakan program pendidikan awal kanak-kanak dari 4 hingga 6 tahun yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Tabika ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh KPM.
Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026.
Syarat kemasukan ke Tabika Perpaduan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad, serta berumur empat (4) hingga enam (6) tahun. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan.
Permohonan boleh dibuat di pautan https://perpaduan.edu.my/
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman web https://perpaduan.edu.my/ atau https://etabika.jpnin.gov.my/.
Baca juga: Tabika Tunas Istimewa – Senarai Tabika Autisme KEMAS Setiap Negeri




