Syarat Haji Terkini, Kuota Haji 2022 & Tarikh Surat Tawaran TH

Berapa KUOTA HAJI yang Malaysia dapat?
Kenapa harga KOS HAJI naik?
Masih ada lagi SUBSIDI HAJI untuk jemaah?
Bagaimana pula SYARAT & SOP HAJI bagi tahun 2022 ini?

Berikut dikongsikan info lanjut tentang pelaksanaan Haji bagi tahun 2022.

Kuota Haji TH 2022

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada majlis pengumuman jumlah kuota haji Malaysia bagi 1443H hari ini yang disiarkan menerusi media sosial dan stesen televisyen tempatan.

Jumlah kuota itu menyaksikan penyusutan bilangan jemaah haji Malaysia berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.

“Tahun ini Arab Saudi hanya membenarkan satu juta jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan haji dengan 85 peratus adalah jemaah luar iaitu lebih tinggi daripada tahun 2019 dengan jemaah luar hanya dibenarkan 75 peratus sahaja,” katanya.

syarat haji sop 2022

Baca juga: Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim

Syarat Haji 2022

Kerajaan Arab Saudi tentunya telah membuat penilaian serta penelitian dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan para jemaah haji untuk melaksanakan Rukun Islam kelima terjamin.

Berikut dikongsikan syarat-syarat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2022.

Antara syarat yang dikenakan ke atas jemaah haji tahun ini ialah:

  • Mesti berusia 65 tahun ke bawah
  • Tidak mempunyai penyakit kronik
  • Mempunyai sijil vaksinasi COVID-19
  • Perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas

Kesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia.

syarat haji sop 2022

SYARAT HAJI 2022

Untuk pengetahuan, mulai tahun ini 2022, syarat kesihatan untuk layak pergi haji bertambah ketat.

Menurut TH, faktor syarat yang ketat ini adalah disebabkan kerana mengambil kira situasi ancaman COVID-19 serta peralatan dan petugas Haji yang terhad.

Antara syarat yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:
1) Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)
2) Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension
3) Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas
4) Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan

Agak tersentuh tadi ternampak pasangan suami isteri menangis teresak-esak sebab suami tidak dapat pergi haji disebabkan paras gula yang tidak terkawal (Hba1c> 8%) sedangkan isteri itu layak.

Ada jugak yang merayu-rayu dan marah seakan -akan tidak puas hati dengan doktor sebab tidak melayakkannya untuk pergi haji disebabkan oleh penyakit kencing manis yang tidak terkawal juga.

Jadi untuk anda/ibubapa yang merancang untuk melakukan haji beberapa tahun akan datang,
1) Lakukan medical check-up tahunan di klinik berdekatan
2) Amalkan healthy lifestyle. Turun berat badan dengan jaga makan dan regular exercise (untuk berat badan berlebihan/obese)
3) Stop smoking untuk lelaki yg merokok

Maklumat lanjut berkenaan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Musim Haji 1443H/2022M.

Untuk maklumat lanjut, bakal haji boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1443H/2022M melalui pautan ini

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/Garis_Panduan_Pemeriksaan_Kesihatan_Bakal_Haji_Tahun_2022__Edisi_Khas_Pandemik

SOP Haji 2022

SOP lengkap Kerajaan Arab Saudi bagi pelaksanaan Haji 2022 akan dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji dan Kementerian terlibat dalam masa terdekat.

Persediaan Haji

Tabung Haji (TH) kini sedang giat membuat persiapan akhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.

Jemaah diminta membuat persediaan sewajarnya dari segi ilmu, kesihatan, rohani, jasmani dan kewangan serta bersedia dengan dokumen berkaitan termasuk pasport dan perlu mengambil suntikan wajib Meningococcal serta vaksin COVID-19.

Kerajaan juga akan meneruskan bantuan pembayaran bagi jemaah haji pada tahun ini dan ketetapan bayaran baharu akan diumumkan pengurusan TH dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut

https://www.tabunghaji.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!