Susu Kambing: Kandungan Nutrisi & Khasiatnya Pada Kesihatan

Selain susu lembu, susu kambing merupakan antara susu ternakan yang sangat popular di seluruh dunia.

Tak hanya dinikmati dalam bentuk susu, ia juga boleh dijumpai dalam bentuk keju serta sering dijadikan ramuan dalam produk kecantikan.

Ada juga yang mendakwa susu ini mempunyai khasiat yang lebih baik berbanding susu yang dihasilkan oleh binatang mamalia lain seperti susu lembu atau kambing biri-biri.

Lebih menarik lagi, ia juga mengandungi pelbagai manfaat untuk ibu serta bayi.

Ayuh sama-sama kita kenali manfaat susu ini dengan lebih lanjut.

Baca juga:

Keperluan susu untuk setiap peringkat umur

susu kambing

Susu terbukti sangat penting kepada manusia bukan sahaja di peringkat kanak-kanak. Tetapi juga di setiap peringkat umur sama ada remaja, orang dewasa, ibu hamil, ibu menyusu dan warga emas perlu minum susu sebagai sumber utama kalsium setiap hari.

Namun, bagi mereka yang tidak boleh minum susu, perlu menggantikannya dengan sumber makanan tinggi kalsium yang lain seperti susu kambing.

Kebaikan susu kambing untuk kesihatan tubuh

Umumnya terdapat pelbagai manfaat tentang susu kambung yang mungkin tidak ramai orang tahu. Antaranya adalahh seperti berikut:

1. Kaya Dengan Antioksida

Khasiat antioksida iaitu vitamin C dan E yang terkandung dalam susu kambing boleh memberikan impak positif terhadap kekuatan daya tubuh badan serta mampu melindungi badan daripada penyakit serta kerosakan sel.

2. Untuk Mencegah Penyakit Saraf

Mineral penting yang terkandung dalam susu ini iaitu kalsium, zink, dan magnesium merupakan mineral penting bagi mencegah penyakit saraf.  

3. Sesuai Untuk Individu Lactose-Intolerant

Susu ini juga mengandungi laktosa yang lebih rendah daripada susu. Oleh itu, ia dilihat lebih sesuai bagi individu yang memiliki kekurangan enzim laktosa.

Selain itu, susu kambing juga mempunyai rantai asid amino yang lebih pendek berbanding susu lembu.

Ini bermakna, ia lebih mudah untuk dicernakan dan mesra pada perut.

susu kambing
The Sydney Morning Herald

4. Untuk Kecantikan Kulit

Seperti yang kita tahu, susu kambing sememangnya satu ramuan popular yang sering digunakan dalam produk kecantikan dan penjagaan diri.

Ia mempunyai khasiat asid lemak yang unik iaitu capric, caprylic dan caproic yang bersifat antiradang, antikulat dan antibakteria.

Ini sekaligus dapat membantu seseorang melindungi kulit wajah daripada kegatalan dan kemarahan.

Selain itu, ia juga mempunyai asid alfa-hidroksi (AHA) yang penting untuk kelembapan kulit.

Kajian turut mendapati bahawa AHA yang rendah juga berpotensi untuk merawat kulit yang rosak akibat terdedah daripada cahaya matahari.  

Manfaat susu kambing untuk ibu dan anak

Depositphotos

Susu ini juga sangat baik untuk diamalkan oleh ibu hamil dan yang sedang menyusukan anak kerana ia mengandungi pelbagai manfaat seperti berikut :

1. Untuk Perkembangan Tulang Anak

Susu kambing juga terkenal dengan khasiat kalsiumnya bagi tumbesaran tulang anak sama ada yang berada dalam kandungan atau yang sedang disusukan.

2. Membantu Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Adakah anda sedang mengalami masalah kekurangan susu? Anda bolehlah amalkan susu kambing kerana ia mengandungi hampir kesemua vitamin serta mineral yang diperlukan bagi menghasilkan susu ibu.

3. Baik Untuk Wanita Hamil Yang Alami Diabetes

Susu kambing turut dikatakan sebagai minuman yang baik untuk pesakit diabetes. Ini disebabkan oleh kandungan A2 beta-casein dan asid amino yang diperlukan untuk pembentukan insulin.

4. Sumber Tenaga Sesuai Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan

Segelas susu kambing mampu membekalkan sebanyak 170 kcal, 25 mg kolesterol, 10 mg karbohidrat, 10 gram protein dan 6.3 mg lemak tepu.

Komposisi ini dilihat cukup sesuai untuk diminum oleh wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak.

5. Baik Untuk Tumbesaran Kandungan dan Bayi

Pada masa yang sama, susu ini juga padat dengan mineral dan vitamin penting seperti selenium, zink, potasium, kalsium, riboflavin, vitamin B2, magnesium, vitamin C dan vitamin D.

Oleh itu, ia dilihat bagus untuk perkembangan otak anak dalam kandungan atau yang sedang disusukan.

6. Baik Untuk Kecerdasan Otak Bayi

Susu ini mengandungi riboflavin (vitamin B2 dan B3). Kedua-dua vitamin ini sangat penting dalam tumbesaran sel otak sejak bayi berada dalam kandungan lagi.

khasiat susu kambing

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang terkandung dalam susu kambing untuk semua lapisan usia termasuk wanita hamil dan kandungan terbukti membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

Namun, wanita yang mempunyai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi disarankan untuk berbincang dengan doktor sebelum mengamalkannya.

Ini sebagai langkah berjaga dan bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini.

Sumber:

  1. Goat Milk: Benefits, Nutrition, and Risks. Health
  2. Benefits, Uses, And Everything About Goat Milk. Healthifyme
  3. Susu Bukan Hanya Penting Untuk Kanak-Kanak. KKM
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!