Pernahkah anda menyemak bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) perasan beberapa istilah yang anda tidak fahami maksudnya sebagai orang awam?
Sejak penstrukturan bil yang lebih telus diperkenalkan oleh TNB Malaysia bermula Julai 2025, anda boleh melihat tiga komponen utama dalam bil TNB anda seperti Caj Penjanaan, Caj Rangkaian, dan Caj Peruncitan.
Jom rujuk maksud sebenar istilah-istilah ini dalam bil TNB agar dapat membantu anda memahami ke mana setiap sen wang anda dibelanjakan.
Komponen Dalam Bil TNB
Sebelum mengetahui maksud setiap istilah yang digunakan, mari kita kenali dulu apa komponen yang ada dalam bil TNB.
Secara umumnya, TNB menyediakan dua format bil iaitu E-Bil (melalui aplikasi myTNB) atau Bil Fizikal (kertas). Walau apa pun formatnya, kedua-duanya memaparkan maklumat penting yang sama seperti berikut:
- Jumlah Perlu Dibayar: Paparan jelas jumlah wang yang wajib dibayar pada bulan tersebut.
- Trend Penggunaan (Untuk E-Bil): Graf corak penggunaan elektrik rumah anda bagi tempoh 6 bulan berturut-turut untuk memudahkan anda membuat perbandingan.
- Senarai komponen utama:
- Caj Penjanaan
- Tenaga
- Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)
- Kapasiti
- Caj Rangkaian
- Caj Peruncitan
- Insentif Cekap Tenaga
- Caj Penjanaan

Apa Maksud Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan Dalam Bil TNB?
1. Caj Penjanaan : Caj Penjanaan adalah kos yang terlibat untuk menghasilkan atau mencipta elektrik sebelum ia dihantar. Di dalam bil TNB komponen ini dipecahkan kepada tiga bahagian penting:
- Caj Tenaga: Kos bahan api elektrik yang digunakan untuk penjanaan elektrik ke premis anda.
- AFA (Automatic Fuel Adjustment): Mekanisme pelarasan kos bahan api yang mencerminkan harga bahan api global, kadar tukaran mata wang asing semasa dan kos sebenar penjanaan elektrik.
- Caj Kapasiti: Kos yang meliputi operasi dan penyelenggaraan stesen janakuasa bagi memastikan sistem bekalan elektrik sentiasa bersedia membekalkan elektrik.
2. Caj Rangkaian: Caj Rangkaian adalah kos operasi menyalurkan elektrik ke rumah bersama penyelenggaraan dan infrastruktur.
3. Caj Peruncitan: Caj Peruncitan ialah kos yang berkaitan dengan urusan perkhidmatan pelanggan dan pengurusan akaun anda.
Insentif Cekap Tenaga (Energy Efficiency Incentive) pula berfungsi sebagai ganjaran atau diskaun dalam bentuk pemotongan bil elektrik bagi pengguna yang mengamalkan penggunaan elektrik secara bijak, cekap, dan berhemah.

Adakah Ini Caj Tambahan yang Baharu?
Tidak. Pecahan tiga komponen ini bukanlah caj tambahan atau kenaikan tarif yang tersembunyi.
Sebelum ini, ketiga-tiga kos ini sememangnya sudah sedia ada dan disatukan di bawah satu kadar tarif pukal. Pihak TNB hanya memisahkan maklumat tersebut supaya anda dapat melihat dengan jelas ke mana setiap sen wang anda pergi. Langkah ini membantu meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna mengenai penggunaan elektrik mereka.
Jadual Tarif Elektrik di Semenanjung Sehingga 31 Disember 2027







Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi TNB CareLine melalui saluran berikut:
- Telefon: 1300-88-5454
- E-mel: [email protected]
- Media sosial: Facebook TNB CareLine & X @Tenaga_Nasional
- Kunjungi Kedai Tenaga yang terdekat
Anda juga boleh rujuk:
- Jadual Tarif (Klik di sini)
- Panduan Tarif Elektrik (Klik di sini)
- Infografik Penstrukturan Tarif Elektrik
- Kenali Komponen Utama Dalam Bil Elektrik Anda
- Di Sebalik Tenaga
- Jom Kenali AFA
- Nikmati Lebih Banyak Manfaat Dengan Penggunaan Cekap
- Kenali Apa Itu Penstrukturan Tarif Elektrik
- Fahami Bil Anda
- Automatic Fuel Cost Adjustment (AFA) Akan Menggantikan Pelepasan Kos Tak Berimbang (ICPT)
- Skim Time of Use (ToU)
- Insentif Cekap Tenaga
- Skim ToU kini terbuka untuk semua pelanggan berdaftar TNB
- Nikmati Lebih Penjimatan Dengan Skim ToU
- Tarif Elektrik Hijau, GET
- Mekanisme Offset Tenaga Solar
Anda boleh menyemak graf perbandingan trend penggunaan ini secara digital melalui E-Bil di aplikasi myTNB myTNB. Graf ini membantu anda memantau sama ada penggunaan elektrik rumah anda semakin meningkat atau menurun dari bulan ke bulan.
Tidak. Ini bukan caj tambahan atau kenaikan tarif elektrik. Semua kos ini memang sudah sedia ada dari dulu lagi, cuma dahulu ia digabungkan sekali gus di dalam jumlah tarif pukal.
Caj Penjanaan ialah kos untuk membuat atau menghasilkan tenaga elektrik di stesen jana kuasa.
Anda akan dapat ganjaran atau potongan diskaun ini secara automatik jika penggunaan elektrik rumah anda berada di bawah 1,000 kWj sebulan dan 200 kWj untuk pengguna bukan domestik.






