Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Temasya Sukan Asia ke-20 (Aichi-Nagoya 2026) kini sedang berlangsung secara rasmi di kota Nagoya dan Wilayah Aichi, Jepun. Kejohanan beraneka sukan terbesar di benua Asia ini telah membuka tirainya pada 19 September dan dijadualkan berlangsung sehingga 4 Oktober 2026.

Jepun menjadi tuan rumah temasya ini buat kali ketiga selepas edisi Tokyo (1958) dan Hiroshima (1994), dengan menghimpunkan lebih 17,000 atlet dan pegawai daripada 45 buah negara bertanding.

Terdapat 43 jenis sukan dipertandingkan, merangkumi sukan Olimpik, e-sukan, sepak takraw, dan kabadi. Beberapa acara sukan seperti hoki, luncur air, dan skuasy turut menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Jom rujuk jadual perlawanan dan aksi atlet Malaysia dalam Sukan Asia di bawah.

Jadual Atlet Malaysia Sukan Asia – 3 Oktober

Berikut ialah jadual atlet Malaysia dalam Sukan Asia untuk 3 Oktober 2026 (Sabtu):

Jadual penuh semua acara boleh rujuk di pautan rasmi berikut: https://www.aichi-nagoya2026.org/

Keputusan Terkini

Setakat 3 Oktober 2026, kontinjen Malaysia berada di kedudukan ke-10 dalam carta kutipan pingat keseluruhan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kontinjen negara setakat ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 9 emas, 5 perak, dan 16 gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 pingat.

PingatJumlah
Emas9
Perak5
Gangsa16
Jumlah Keseluruhan30

🥇 Pingat Emas (9 Emas)

  • Adeola Fay Robert – Karate (Kumite Individu Wanita Bawah 55kg)
  • Taj Izrin Aiman Taj Madira – E-Sukan (eRacing Gran Turismo 7)
  • C. Shahmalarani – Karate (Kumite Individu Wanita Bawah 50kg)
  • Pasukan Regu Lelaki – Sepak Takraw
  • Ng Eain Yow – Skuasy (Perseorangan Lelaki)
  • S. Sivasangari – Skuasy (Perseorangan Wanita)
  • Datuk Mohd Azizulhasni Awang – Berbasikal Trek (Keirin Lelaki)
  • Pasukan Berpasukan Wanita – Skuasy
  • Pasukan Berpasukan Lelaki – Skuasy

🥈 Pingat Perak (5 Perak)

  • Farish Luzman & Hariz Hazmi Hakimin – E-Sukan (eFootball) | 23 Sep
  • Enrique Harold & Elvis Priestly Clement – Terjun (10m Platform Berirama Lelaki) | 27 Sep
  • Skuad Negara (ZhiHong, Saber, JR, Siang) – E-Sukan (Honor of Kings) | 28 Sep
  • Pasukan Berbasikal Trek Wanita – Berbasikal Trek (Pecut Berpasukan Wanita) | 29 Sep
  • Syahir Rosdi, Azlan Alias & Aidil Aiman – Sepak Takraw (Regu Lelaki) | 29 Sep

🥉 Pingat Gangsa (16 Gangsa)

  1. Kaliana Sundram Thevendran – Karate (Kumite -55kg Lelaki) | 20 Sep
  2. Hari Sankar Sureeya Sankar – Karate (Kumite -60kg Lelaki) | 20 Sep
  3. Tan Cheong Min – Wushu (Nanquan & Nandao Wanita) | 22 Sep
  4. Pasukan Negara – Karate (Kata Berpasukan Lelaki) | 23 Sep
  5. Clement Ting – Wushu (Daoshu & Gunshu Lelaki) | 23 Sep
  6. Yong Ui Jie & Mohamad Nurqayyum – Terjun (3m Papan Anjal Berirama Lelaki) | 26 Sep
  7. Meeshenraj Chandarana & Rachel Arnold – Skuasy (Beregu Campuran) | 26 Sep
  8. Ong Ker Ying & Lee Yiat Qing – Terjun (3m Papan Anjal Berirama Wanita) | 27 Sep
  9. Pearly Tan & Thinaah Muralitharan – Badminton (Beregu Wanita) | 28 Sep
  10. Skuad Negara – E-Sukan (Arena of Valor / PUBG Mobile / Mobile Legends) | 30 Sep
  11. Skuad Negara – E-Sukan (Sub-acara kedua) | 30 Sep
  12. Nurul Izzah Izzati Mohd Asri – Berbasikal Trek (Keirin Wanita) | 30 Sep
  13. Datuk Mohd Azizulhasni Awang – Berbasikal Trek (Pecut Lelaki) | 1 Okt
  14. Khairulnizam Mohd Afendy – Pelayaran (Dinghy Lelaki / Kelas ILCA7) | 2 Okt
  15. Muhammad Adam Aierell & Iqbal Nazham Musmuliadi – Pelayaran (Skiff Lelaki – 29er) | 2 Okt
  16. Nor Izniey Humaira Mohd Azri & Aina Zulaikha Azizul Rahman – Pelayaran (Skiff Wanita – 29er) | 2 Okt
*Sumber: Laman web rasmi Sukan Asia 2026 / Untuk keputusan terkini, anda boleh terus rujuk di pautan rasmi berikut: https://www.aichi-nagoya2026.org/

    Siaran Langsung Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

    Siaran langsung Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Malaysia disiarkan secara rasmi melalui penyiar radio dan televisyen awam serta rangkaian televisyen berbayar utama.

    Anda boleh menonton aksi para atlet kegemaran anda melalui platform berikut:

    1. RTM (Radio Televisyen Malaysia): Sebagai penyiar rasmi, RTM membawakan liputan harian secara langsung.

    • Saluran TV: Boleh ditonton di saluran Sukan+ (806) dan juga tersedia di MYTV Saluran 111.
    • Aplikasi & Penstriman Digital: Anda boleh menonton secara percuma di mana-mana sahaja melalui RTMKlik.

    2. Astro: Menyediakan liputan paling menyeluruh sehingga 13 jam sehari merangkumi 7 saluran sukan.

    • Disiarkan melalui 5 saluran khas Asian Games iaitu ASG1 hingga ASG5 (CH 795-799), serta liputan tumpuan di Astro Arena (CH 801) dan Stadium Astro (CH 802). Saluran Sukan+ juga boleh diakses di Astro CH 806.
    • Pelanggan Astro boleh menggunakan aplikasi Astro GO, Astro X3, atau platform Sooka untuk penstriman langsung pada peranti mudah alih.
    Jadual Sesi Siaran Langsung RTM (Setiap Hari)
    • Laporan Harian | Setiap Hari
      • Sesi I: 10.00 Pagi
      • Sesi II: 2.00 Petang
      • Sesi III: 6.00 Petang
    • Sorotan Harian | Setiap Hari
      • Masa: 9.00 Pagi
    • Platform Siaran:
      • SUKAN+
      • RTMKLIK
    Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
    Sumber: Sukan TV RTM

    Maklumat Lanjut

    Untuk mendapatkan rujukan rasmi, jadual masa nyata (real-time), dan info terkini mengenai Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, anda boleh merujuk kepada platform-platform berikut:

    Tarikh Sukan Asia ke-20 (Aichi-Nagoya 2026)

    Temasya ini bermula secara rasmi dari 19 September hingga 4 Oktober 2026 di Wilayah Aichi dan Kota Nagoya, Jepun.

    Upacara perasmiannya telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada 19 September 2026 di Stadium Atletik Taman Nagoya Mizuho (Stadium Paloma Mizuho).

    Soalan Lazim Sukan Asia ke-20 (Aichi-Nagoya 2026)

    Bilakah tarikh rasmi temasya ini berlangsung

    Sukan Asia 2026 berlangsung selama 16 hari, bermula dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

    Di manakah lokasi utama temasya kali ini?

    Edisi ke-20 ini dihoskan bersama oleh Wilayah Aichi dan Kota Nagoya, Jepun. Upacara Perasmian dan olahraga diadakan di Stadium Atletik Taman Nagoya Mizuho (Stadium Paloma Mizuho).

    Berapakah bilangan negara dan atlet yang terlibat?

    Temasya ini mengumpulkan lebih daripada 15,000 hingga 17,000 atlet dan pegawai yang mewakili 45 buah negara dan wilayah di bawah Majlis Olimpik Asia (OCA).

    Berapakah bilangan sukan yang dipertandingkan?

    Sebanyak 43 jenis sukan dengan 469 acara perebutan pingat secara keseluruhan.

    Berapakah jumlah atlet Malaysia dan apakah sasaran pingat negara?

    Malaysia menghantar seramai 352 orang atlet. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sasaran realistik sebanyak 33 pingat secara keseluruhan (6 Emas, 7 Perak, dan 20 Gangsa).

    Di manakah saya boleh menonton siaran langsung secara percuma di Malaysia?

    Anda boleh menonton siaran langsung dan laporan harian percuma menerusi saluran Sukan+ dan aplikasi penstriman digital RTMKlik. Laporan harian disiarkan setiap hari pada jam 10:00 pagi, 2:00 petang, dan 6:00 petang.

    Pengenalan & Sejarah Sukan Asia

    Sukan Asia (Asian Games) merupakan temasya sukan beraneka acara peringkat serantau terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.

    Temasya ini mula dianjurkan pada tahun 1951 di New Delhi, India, susulan idea untuk menyatukan negara-negara Asia menerusi sukan selepas Perang Dunia Kedua. Kejohanan ini dikawal selia oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).

    Seperti Olimpik, ia diadakan setiap empat tahun sekali. Jepun menjadi tuan rumah bagi edisi ke-20 ini, yang merupakan kali ketiga negara matahari terbit itu mengelolakan Sukan Asia selepas edisi Tokyo (1958) dan Hiroshima (1994).

    Untuk tahun 2026 ini, kontinjen Malaysia (Team MAS) menghantar seramai 352 orang atlet. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sasaran realistik sebanyak 33 pingat secara keseluruhan (6 Emas, 7 Perak, dan 20 Gangsa).

    Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
    Sumber: Olympics
    Penulis