Semakan STR – Status Sumbangan Tunai Rahmah 2026/2027

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Semakan STR Fasa 2 boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah bermula 10 MAC 2026 (SELASA).

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa bayaran Fasa 2 STR 2026 akan dikreditkan mulai 10 MAC 2026 (Selasa).

Selain itu, bagi Permohonan Baharu dan Rayuan Fasa 2 STR 2026, semakan status dan pembayaran adalah mulai 30 Mac 2026 secara berperingkat. Terdapat 200,000 penerima baharu yang diluluskan turut akan menerima bayaran ini.

Rujuk cara semak STR, kadar bayaran, tarikh penting penyaluran STR, syarat kelayakan, status permohonan dan info penting berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di bawah.

Ringkasan Semakan STR Fasa 2 2026

Pembayaran STR Fasa 2 bagi tahun 2026 telah diawalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

  • Tarikh Mula Bayaran: 10 Mac 2026 (Penerima sedia ada) dan 30 Mac 2026 (Penerima baharu/rayuan).
  • Kadar Bayaran:
    • Isi rumah (RM2500 ke bawah): RM150-RM600
    • Isi rumah (RM2501-RM5000): RM100-RM250
    • Warga emas: RM5000 ke bawah: RM150
  • Kaedah Semakan: Melalui portal rasmi MySTR atau aplikasi mudah alih MySTR

Kenyataan Media Kementerian Kewangan mengenai pembayaran STR FASA 2026:

str fasa 2

Kredit: Majlis Keselamatan Negara
str fasa 2

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2026 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.

Syarat Kelayakan

Isi Rumah STR & SARA

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS): atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS

Anak

  • Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
    • 18 tahun dan ke bawah; atau
    • 19 tahun dan ke atas bagi masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang (SARA)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Kategori Penerima STR 2026

Berikut adalah kategori penerima bantuan tunai Rahmah STR 2026 yang ditetapkan :

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
  • Warga Emas Tiada Pasangan 60 tahun ke atas : ≤ RM5,000 sebulan
  • Bujang 21 – 59 tahun / OKU Bujang 19 – 59 tahun (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 20 Januari 2026 ✅
  • Fasa 2 : 10 Mac 2026 (Penerima sedia ada), 30 Mac 2026 (Penerima baharu)
  • Fasa 3 : Akan dikemaskini
  • Fasa 4 : Akan dikemaskini

Pembayaran STR 2026 Fasa 2 akan mula disalurkan berperingkat mulai 10 MAC 2026 kepada penerima yang mempunyai akaun bank.

Bagi penerima tiada akaun bank, bayaran boleh dibuat secara tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 10 MAC 2026, termasuk penerima di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Tarikh pembayaran bagi fasa seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

STR FASA 2
str fasa 2

Jadual Bayaran STR 2026: Fasa 1 Hingga Fasa 4 Mengikut Kategori & Pendapatan

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, jumlah bayaran yang diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan pendapatan isi rumah atau individu bujang/warga emas tiada pasangan. Bayaran STR dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 sepanjang tahun.

A. KATEGORI ISI RUMAH ≤ RM,2500

Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)

  • 0 anak
    • Kelayakan maksimum: RM700
    • Fasa 1: RM200
    • Fasa 2: RM150
  • 1 – 2 anak
    • Kelayakan maksimum: RM1,200
    • Fasa 1: RM300
    • Fasa 2: RM300
  • 3 – 4 anak
    • Kelayakan maksimum: RM1,700
    • Fasa 1: RM400
    • Fasa 2: RM450
  • ≥ 5 anak
    • Kelayakan maksimum: RM2,200
    • Fasa 1: RM500
    • Fasa 2: RM600
STR FASA 2

*Bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

B. KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)

  • 0 anak
    • Kelayakan maksimum: RM200
    • Fasa 1: RM100
    • Fasa 2: RM100
  • 1 – 2 anak
    • Kelayakan maksimum: RM450
    • Fasa 1: RM100
    • Fasa 2: RM100
  • 3 – 4 anak
    • Kelayakan maksimum: RM700
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM200
  • ≥ 5 anak (Kelayakan maksimum: RM950)
    • Fasa 1: RM200
    • Fasa 2: RM250
STR FASA 2

*Bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

C. KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN

Pendapatan ≤ RM5,000

  • Fasa 1: RM150
  • Fasa 2: RM150

Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)

  • Kaedah pembayaran adalah melalui SARA.
STR FASA 2

*Bayaran Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jumlah Keseluruhan Bayaran STR & SARA 2026 Setiap Kategori

1. Isi Rumah Tiada Had Umur

a) Pendapatan ≤ RM2,500
  • 0 anak
    • STR: RM700 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM1,900 setahun
  • 1–2 anak
    • STR: RM1,200 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM2,400 setahun
  • 3–4 anak
    • STR: RM1,700 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM2,900 setahun
  • 5 anak & ke atas
    • STR: RM2,200 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM3,400 setahun
b) Pendapatan RM2,501 – RM5,000 sebulan
  • 0 anak
    • STR: RM200 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM1,400 setahun
  • 1–2 anak
    • STR: RM450 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM1,650 setahun
  • 3–4 anak
    • STR: RM700 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM1,900 setahun
  • 5 anak & ke atas
    • STR: RM950 setahun
    • SARA: RM1,200 setahun
    • Jumlah: RM2,150 setahun

2. Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Ke Atas)

a) Pendapatan ≤ RM5,000 sebulan
  • STR: RM600 setahun
  • SARA: RM600 setahun
  • Jumlah: RM1,200 setahun

3. Bujang / OKU Bujang

  • Bujang 21–59 tahun / OKU Bujang 19–59 tahun
  • Pendapatan ≤ RM2,500 sebulan
    • STR: Dibayar melalui SARA
    • SARA: RM600 setahun
    • Jumlah: RM600 setahun

Maklumat Penting

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar eKasih layak menerima tambahan SARA.
  • Tambahan SARA:
    • RM1,200 setahun / RM100 sebulan – Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
    • RM600 setahun / RM50 sebulan – Bujang
  • Kelayakan STR dan SARA tidak mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan

Dengan rujukan jadual di atas, penerima boleh menganggarkan jumlah yang akan diterima bagi setiap fasa STR 2026.

Login STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)

Semakan status pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:

LOG MASUK MYSTR

Login STR

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Isikan No Kad Pengenalan.
  3. Tekan butang Log Masuk.
  4. Sahkan kunci keselamatan dan tekang butang YA.
  5. Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
  6. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
semakan str

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

bantuan tunai rahmah semakan str
Paparan Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026)
semakan str
Paparan baharu laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR 2025
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR

Cara Semakan Permohonan STR

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  2. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan status permohonan STR 2026 melalui Portal Rasmi STR boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
semakan str

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  9. Klik butang SETERUSNYA.
  10. Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
  12. Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.

Maklumat Lanjut

  • Hotline
    • Hotline BKK HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]
  • Laman web : Portal Sumbangan Tunai Rahmah
  • Alamat Kementerian Kewangan
    • Sekretariat STR, Pejabat Belanjawab Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 W.P. Putrajaya

Soalan Lazim Semakan STR

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di bawah:

STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
1. Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan STR?

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
a. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
b. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
c. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
d. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

2. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2026
melalui Portal Rasmi STR?

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

a. Klik log masuk MySTR
b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan:
i. Status Permohonan
ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

3. Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam
Proses?

Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar.
Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah
diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2026.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?

Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan
selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati
syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

6. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak
Lulus?

Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ)
Permohonan STR 2026 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen
sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

7. Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas
kini semula maklumat permohonan saya?

Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat
permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.

8. Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan
Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak
Layak?

Sila hubungi Pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan
Status Tidak Layak tersebut.

Anda juga boleh baca FAQ STR 2026 lain di pautan ini:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut