STR Bujang 2025: Bayaran Bantuan Tunai Rahmah – FASA 3

str bujang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

STR Bujang 2025: Bayaran Bantuan Tunai Rahmah – FASA 3

Berita baik untuk golongan bujang, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2025!

Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?

Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2025.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.

Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.

Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan :

  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

NOTA:

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

STR Bujang 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini dan bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Rakyat berstatus bujang juga tidak terkecuali untuk menikmati peningkatan sumbangan ini.

Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kadar Bayaran STR 2025 Untuk Kategori Bujang

Berdasarkan pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600 keseluruhannya bagi setiap individu bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan.

Pembayaran akan dilakukan secara 4 fasa.

Di samping itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.

STR FASA 3 (KATEGORI BUJANG)

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan mulai OGOS 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025, berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu.

FasaTarikh Bayaran
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 3Akhir Julai – Ogos 2025 (jangkaan)
Fasa 4November 2025
Tarikh sebenar untuk FASA 3 akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah Bayaran Fasa 3

Berapa bayaran Fasa 3 STR 2025 yang akan diterima bagi kategori bujang yang layak?

  • Bujang / Warga Emas Tiada PasanganPendapatan Bujang ≤ RM2,500
  • (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun)

Kadar bayaran yang akan diterima untuk STR FASA 3 adalah seperti berikut: (belum dimaklumkan lagi)

Sehingga kini, jumlah rasmi bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan fasa-fasa sebelum ini, berikut adalah jangkaan kategori bayaran:

Kategori PenerimaPendapatan Isi RumahJumlah (Anggaran)
Isi Rumah B40< RM2,500RM300 – RM500
Isi Rumah M40RM2,501 – RM5,000RM100 – RM300
Bujang< RM2,500RM100 – RM150
Warga EmasTiada pasanganRM200 – RM300
Jumlah sebenar akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan

Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025

Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  4. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Cara Permohonan STR Bujang 2025

Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:

str bujang
bantuan tunai rahmah 2023 str
bantuan tunai rahmah 2023 str
str bujang
Muat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):

Tarikh Akhir Permohonan STR Bujang 2025

Sila ambil maklum bahawa permohonan Fasa 1 STR 2025 ditutup pada 30 November 2024.

Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 : PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI PERMOHONAN STR

Jika permohonan anda wujud di portal STR, anda perlulah :

  • kemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu sepanjang perlaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan STR 2024.
  • kemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat.
str bujang

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu kemas kini jika tiada sebarang perubahan maklumat.

Sekiranya permohonan anda tidak wujud di portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Soalan Lazim STR Fasa 3

Bila bayaran Fasa 3 STR 2025?

Tarikh rasmi bayaran belum diumumkan. Walaubagaimanapun, bayaran STR Fasa 3 dijangka dikreditkan pada hujung Ogos 2025. Jangkaan tarikh bayaran adalah antara: 26 Ogos – 30 Ogos 2025 (belum rasmi)

Berapa STR Fasa 3 bujang?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 bagi kategori bujang belum diumumkan lagi.

Namun, kadar keseluruhan yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600. Bagi fasa 1, kategori bujang dah terima RM150, dan untuk fasa 2 juga bujang dah terima RM150.

Ini bermaksud, ada baki lagi RM300 untuk Fasa 3 dan Fasa 4. Jadi, mungkin akan dapat RM150.

NOTA: Jumlah rasmi berapa bayaran STR Fasa 3 untuk bujang akan dikemaskini setelah ia diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Siapa yang layak terima STR Fasa 3?

Penerima lulus STR 2025 mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Adakah bayaran STR dibuat secara automatik?

Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.

Bila masuk STR?

Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4 seperti berikut :

Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : Ogos 2025.
Fasa 4 : November 2025.

STR tidak lulus, perlu buat apa?

Sila rujuk sebab tidak lulus. Sediakan dokumen yang relevan mengikut sebab tidak lulus dan buat rayuan sama ada secara dalam talian atau manual di kaunter LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Maklumat Lanjut STR Bujang 2025

Infomrasi lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :

Anda juga boleh hubungi Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut