Baru-baru ini, DOSM keluarkan laporan rasmi Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2026 yang membentangkan status penanda aras pasaran buruh terkini bagi 7.05 juta pekerja formal warganegara di Malaysia.
Data setakat Mac 2026 menunjukkan landskap pendapatan negara dipengaruhi pelbagai faktor antaranya dasar kerajaan, faktor geografi, pengkhususan sektor industri termasuklah umur, jantina dan etnik.
Rujuk penerangan lebih lanjut mengenai status gaji rakyat Malaysia terkini (Mac 2026) di bawah.
Apa Status Gaji Rakyat Malaysia Terkini (2026)?
Kadar median upah bulanan pekerja sektor formal di Malaysia secara rasminya telah meningkat kepada RM3,027 sebulan pada Mac 2026.
Sebelum ini (Mac 2025), median upah bulanan pekerja sektor formal di Malaysia adalah RM3,000.
Ini bermakna separuh daripada pekerja formal warganegara berpendapatan di atas RM3,027, manakala separuh lagi di bawah nilai tersebut.
Manakala, peratusan pekerja yang memperoleh gaji di bawah RM1,700 sebulan telah menurun kepada 7.9% (berbanding 9.9% pada Mac tahun sebelumnya).
Penurunan ini mencerminkan impak penguatkuasaan dasar Gaji Minimum RM1,700 yang mula menunjukkan keberkesanannya dalam pasaran kerja.

Kelompok pekerja terbesar dalam sektor formal (mewakili 18.0%) masih bertumpu dalam julat pendapatan yang rendah, iaitu antara RM1,700 hingga RM1,999 sebulan.
Manakala, golongan yang meraih gaji RM10,000 ke atas mencatatkan sebanyak 12.2%.
Jurang Gaji Mengikut Jantina dan Faktor Umur
Berdasarkan umur, pekerja berusia 45 hingga 49 tahun merekodkan median upah bulanan tertinggi sebanyak RM4,100.
Kumpulan berusia 55 hingga 59 tahun pula mencatatkan pertumbuhan upah tahunan yang paling pantas.
Untuk graduan baharu pula yang berumur dalam 24 tahun – 29 tahun, median upah bulanan untuk kategori ini sekitar RM1927 – RM2689.

Manakala berdasarkan jantina pula, pekerja formal lelaki mewakili 55 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja formal dengan median upah RM3,064.
Jumlah ini lebih tinggi sedikit berbanding pekerja perempuan yang mencatatkan RM3,000.

Jurang Gaji Mengikut Sektor Ekonomi
Jenis industri atau aktiviti ekonomi kekal menjadi salah satu faktor penentu paling besar bagi menentukan gaji pekerja formal di Malaysia.
Data Mac 2026 menunjukkan perbezaan jurang upah yang amat ketara antara sektor industri berat premium dengan sektor industri asas negara.
Sektor Perlombongan Cecah RM9,678 Sebulan!

Sektor perlombongan dan pengkuarian menawarkan median upah tertinggi sebanyak RM9,678 sebulan walaupun hanya merangkumi 0.5 peratus daripada jumlah pekerja formal.
Sebaliknya, sektor pertanian merekodkan median upah terendah sebanyak RM2,327. Walau bagaimanapun, angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sebagai perbandingan, sektor pembinaan mencatatkan median gaji sebanyak RM3,082, disusuli rapat oleh sektor perkhidmatan pada kadar RM3,064, dan sektor pembuatan sebanyak RM2,900 sebulan.
Jurang Gaji Mengikut Etnik
Selain faktor geografi dan jenis industri, data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan taburan upah pekerja formal warganegara turut memperlihatkan perbezaan mengikut kategori etnik.
Pekerja formal daripada etnik Cina mencatatkan median upah bulanan tertinggi dalam pasaran kerja dengan kadar RM4,600 sebulan pada Mac 2026.

Kedudukan ini diikuti oleh pekerja daripada etnik India yang merekodkan median upah sebanyak RM3,000, manakala kumpulan pekerja Bumiputera mencatatkan median sebanyak RM2,600 sebulan.
Bagi kategori etnik lain-lain, median upah bulanan yang direkodkan adalah pada paras RM2,400.
Kuala Lumpur Catat Gaji Tertinggi, Kelantan Kekal Terendah
Lokasi tempat bekerja turut memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan kadar upah pekerja formal di Malaysia.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus kukuh mengekalkan kedudukannya di tangga teratas sebagai pusat ekonomi negara dengan mencatatkan median gaji bulanan tertinggi sebanyak RM4,527 pada Mac 2026.

Kedudukan ini diikuti rapat oleh Selangor yang merekodkan median upah sebanyak RM3,445, dan Pulau Pinang di tangga ketiga pada paras RM3,064 sebulan.
Sebaliknya, beberapa negeri mencatatkan penawaran upah yang jauh lebih kecil, sekali gus mencerminkan jurang ekonomi yang masih ketara berbanding kawasan Lembah Klang.
Kelantan kekal merekodkan median upah paling terendah di Malaysia dengan kadar RM1,827 sebulan, disusuli oleh Perlis pada paras RM1,855, dan Sabah pada kadar RM2,082 sebulan.
Jurang pendapatan yang besar ini membuktikan bahawa pusat pertumbuhan ekonomi utama dan bandar metropolitan menawarkan peluang pekerjaan denan gaji lebih tinggi.
PDF Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2026
Anda boleh muat turun PDF Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2026 di bawah untuk rujukan lanjut:
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Status Gaji Rakyat Malaysia Terkini
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai status gaji rakyat Malaysia terkini, sila rujuk Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2026 yang dikeluarkan oleh DOSM.
Soalan Lazim
Median gaji bermaksud nilai penengah dalam susunan data gaji. Nilai RM3,027 bermakna jika semua pekerja formal di Malaysia disusun mengikut tangga gaji, tepat 50% pekerja menerima gaji di bawah RM3,027 dan 50% lagi menerima gaji di atas paras tersebut.
Tidak. Data ini hanya merangkumi pekerja sektor formal yang berdaftar dan mempunyai rekod caruman aktif di agensi keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perbezaan ini didorong oleh faktor penumpuan ekonomi.
Penurunan daripada 9.9% (Mac 2025) kepada 7.9% (Mac 2026) merupakan kesan langsung daripada penguatkuasaan undang-undang Gaji Minimum RM1,700 oleh kerajaan. Majikan dalam sektor formal kini diwajibkan untuk menaikkan tangga gaji lantai pekerja mereka, sekali gus mengecilkan saiz kelompok pekerja miskin tegar di Malaysia.
Data DOSM Mac 2026 menunjukkan jurang upah jantina masih wujud tetapi sangat kecil, iaitu perbezaan sebanyak RM64 sahaja. Median gaji pekerja lelaki adalah RM3,064, manakala pekerja wanita adalah RM3,000.






