Cara Daftar Standard Chartered Online Banking

Standard Chartered online banking merupakan kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak bank Standard Chartered bagi kemudahan para pelanggannya.

Kemudahan ini selari dengan kemajuan teknologi semasa dan merupakan perkhidmatan yang serupa dengan perkhidmatan online banking yang disediakan oleh bank-bank lain di Malaysia.

Perkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi.

Dengan kemudahan perbankan internet ini, pihak Standard Chartered memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.

Perhidmatan Yang Disediakan

Dengan perkhidmatan Standard Chartered online banking ini, pelanggan boleh melakukan pelbagai urusan kewangan seperti yang berikut:

  1. Pemindahan dana – Nikmati pengalaman transaksi yang lancar dengan Pemindahan Dana Antara Bank Segera. Anda juga boleh memindahkan dana menggunakan nombor mudah alih atau kad pengenalan melalui DuitNow.
  2. Pembayaran bil – Buat pembayaran bil kepada lebih 200 organisasi yang mengambil bahagian mengikut keselesaan anda.
  3. Semak sejarah transaksi dan baki – Buat semakan pantas pada transaksi terkini dan baki akaun semasa dalam perjalanan dengan ciri ‘Baki dan Transaksi’ SC Mobile.
  4. Permohonan dalam talian – Mohon kad kredit tanpa perlu beratur panjang
  5. ePenyata dipertingkat dengan makluman e-melKemas kini butiran peribadi anda hanya dengan beberapa klik.
  6. Aplikasi/pengaktifan PIN Internet segera Keselamatan yang lebih baik dengan pengesahan 2 faktor melalui SMS.

Cara Daftar Melalui Laman Web

standard chartered online banking
  1. Buka laman Perbankan Dalam Talian Standard Chartered dengan melayari https://retail.sc.com/my/nfs/login.htm
  2. Pada bahagian bawah halamn tersebut, anda boleh memilih untuk melengkapkan pendaftaran dengan salah-satu pilihan berikut:
    • REGISTER WITH YOUR SC ATM / DEBIT CARD OR CREDIT CARD
    • REGISTER WITH TEMPORARY ID AND SMS PIN
  3. Tandakan pada kotak terma dan syarat
  4. Klik butang Accept
  5. Lengkapkan pendaftaran dan pengaktifan dan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan

Aplikasi Telefon Pintar Standard Chartered

Bagi kemudahan pengguna, pihak Standard Chartered telah membangunkan aplikasi khusus telefon pintar bagi pengguna Andoid dan iOS.

Bagi keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang dipercayai seperti yang berikut:

  1. Google Play – Bagi penggguna Android
  2. App Store – Bagi penggunna iOS

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Standard Chartered di pautan berikut: https://www.sc.com/my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!