SPSKT4: Semakan Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4

Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4 atau singkatannya SPSKT4 merupakan sebuah sistem berpusat yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan proses permohonan ke sekolah-sekolah khusus bagi pengajian di Tingkatan 4 dan 5.

Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4 ini lahir susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke khusus berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Artikel berkaitan: Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4 KPM 2024/2025

sekolah khusus tingkatan 4

Kapasiti sekolah khusus

Untuk maklumat anda, berikut adalah kapasiti sekolah-sekolah khusus yang disenaraikan anda seperti yang dipaparka dalam laman web SPSKT4:

Panduan Permohonan Sekolah Khusus Online Melalui SPSKT4

Berikut merupakan infografik panduan permohonan melalui Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4 (SPSKT4).

Sistem Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4

Panduan Am

  1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
  3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
  4. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
  5. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 02 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023.

Panduan Khusus

  1. Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKad Murid dan No. MyKad/ No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/ Penjaga Kedua kemudian tekan Log Masuk.
  2. Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Modul Pengurusan Murid. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila kemaskini maklumat di portal SPATKPM di pautan public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.

Promosi: Dapatkan Buku Teks Tingkatan 4 Pos terus ke rumah anda

Semakan PKSK

Pemohon yang menghantar permohonan boleh membuat semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) melalui laman web SPSKT4 di halaman https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm

  1. Masukkan nombor MyKad Pemohon
  2. Masukkan nombor MyKad Penjaga Utama
  3. Klik butang “Klik Untuk Semak”

Tarikh Semakan Keputusan

SEMAKAN TAWARAN PERMOHONAN
KE TINGKATAN EMPAT (4) / TAHUN 1 SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (1SVM)
SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA / SMT / KV / MTD )
SESI 2024/2025 ADALAH PADA
1 MAC 2024

HARAP MAKLUM

spskt4

Sila buat semakan online melalui pautan berikut: https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/

Pertanyaan & Maklumat Lanjut SPSKT4

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan melalui emel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!