Semakan Permohonan Sekolah Khusus Sesi 2023 / 2024

Semakan Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2023 / 2024 (PKSK)

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan info semakan kemasukan ke Sekolah_Khusus bagi sesi 2023 / 2024 yang akan diumumkan pada 17 Mac 2023.

Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah_Khusus adalah terdiri daripada :

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

sekolah khusus semakan kemasukan ke pksk 2023

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  3. Murid Tahun 6 Tahun 2022
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2010 – 1 Januari 2011
  4. Murid Tingkatan 3 2022
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2007 – 1 Januari 2008

Cara Permohonan PKSK 2023/2024

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Tarikh Permohonan PKSK 2023/2024

Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:

  • Tarikh buka: 30 September 2022
  • Tarikh tutup: 30 November 2022

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran ke Sekolah Khusus

Tarikh semakan tawaran kemasukan akan diumumkan pada 17 Mac 2023.

semakan kemasukan ke sekolah khusus pksk 2023

Cara Semakan Tawaran / Keputusan

Pautan semakan adalah seperti berikut:

Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2023

  1. Pendaftaran dijangka pada bulan April 2023
  2. Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my

Tarikh Rayuan

Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Sila rujuk: Rayuan Sekolah_Khusus 2023 & Tarikh Pendaftaran Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah_Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-lazim-faq/3665-maklumat-umum-pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk/file


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: