APDM Ibu Bapa: Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM)

MAKLUMAN: PENGEMASKINIAN DATA MURID DALAM SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) TAHUN 2023 MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH – SPS KPM

Untuk makluman, ibu bapa/penjaga semua dikehendaki membuat pengemaskinian maklumat profil murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 & PPKI bagi bantuan persekolahan untuk tahun 2023.

Bantuan ini termasuklah juga seperti Bantuan Biasiswa, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan-bantuan yang lain.

Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara atas talian sama ada melalui telefon pintar (handphone), komputer meja (desktop) atau computer riba (laptop).

Sekiranya tuan/puan tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.

Sila rujuk panduan penuh yang dikongsikan di bawah.

Tujuan Kemaskini APDM Ibu Bapa / SPS KPM

Pengemaskinian maklumat ibu bapa dan penjaga melalui SPS KPM atau Sistem Pengurusan Sekolah KPM bertujuan

  • Mengelakkan pengisian berulang kali
  • Mendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah
  • Mengetahui status kewangan pelajar
  • membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar

Nota: ibubapa diluar sana harus BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.

Cara Kemaskini Profil Online

1.Layari laman web SPS KPM di pautan https://public.moe.gov.my/

2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)

Rujuk cara daftar pengguna kali pertama melalui infografik di bawah:

Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Bahan Rujukan.

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

3. Selepas daftar, sila Login.

4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

5. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Profil Anak Jagaan
  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga
KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

7. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

Lupa Kata Laluan SPATKPM

Jika terlupa password / username, anda boleh mendapatkan kata laluan melalui e-mel atau soalan keselamatan.

  1. Tekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATA LALUAN.
  2. Anda juga boleh memilih Tab Soalan Keselamatan atau Tab Padanan Anak.
  3. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Baca juga:

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan)
Meja bantuan Negeri/PPD.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim SPATKPM / APDM Ibu bapa di pautan di bawah:

https://public.moe.gov.my/?kpm=faq

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: