Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos: Harga & Dokumen Yang Perlu Dibawa

Sejak tahun 2016 lagi, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia atau renew lesen memandu baharu boleh dilakukan di Pejabat Pos seluruh Malaysia.

Walaupun urusan renew lesen sekarang dah boleh dibuat secara online, rasanya masih ramai lagi yang lebih suka berurusan secara manual terus di kaunter.

Lagipun, perkhidmatan Pejabat Pos kini juga semakin cekap dan efisyen kan?

Jadi di sini kami kongsikan apa yang perlu dibawa semasa urusan renew lesen memandu di Pejabat Pos, termasuklah dengan harga, dokumen yang perlu dibawa supaya dapatlah kita sediakan awal-awal nanti.

Apakah Jenis Lesen Memandu Yang Boleh Diperbaharui Di Pejabat Pos?

Lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan.

Manakala hanya lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.

Syarat- syarat Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos

Kalau nak buat pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos, ini syaratnya:

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
  2. Tidak disenaraihitamkan (blacklist)

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk pembaharuan, kita hanya perlu bawa:

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan kali pertama)

Itu saja!

renew lesen di pejabat pos

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Harga Bayaran / Caj Yang Dikenakan

Mungkin ramai yang dah lupa harga renew lesen memandu sebab kita hanya pergi renew lesen memandu ni paling kerap pun setahun sekali.

Di sini kami kongsikan harga renew lesen di Pejabat Pos:

  • Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
  • Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
  • Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
  • Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
  • Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.

*Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, RM2.00 caj servis akan dikenakan.

Kalau anda keliru lesen jenis apa yang dimaksudkan dalam kelas di atas, ini adalah maksud bagi kod tersebut:

  • Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  • Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  • Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
  • Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  • Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  • Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
  • Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  • Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  • Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  • Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
  • Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg

Baca juga: Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021

Maklumat Lanjut

Selain di Pejabat Pos, pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri / Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan secara online.

Untuk maklumat Lanjut sila layari laman web https://www.pos.com.my/ yang telah dikemaskini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!