SOP Fasa Peralihan Ke Endemik Mulai 1 April 2022

Negara masuk Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April 2022 – Muat Turun SOP Fasa Peralihan Endemik MKN

Bermula 1 April 2022, Malaysia akan memansuhkan beberapa SOP dan mengemaskini SOP yang terpakai buat masa ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Serentak itu, Malaysia turut mengumumkan membuka semula sempadannya kepada pelawat luar.

Baca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

SOP Peralihan Endemik Bermula 1 April 2022

Berikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteri
serta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022.

  1. Pelitup muka masih wajib di tempat awam.
  2. Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).
  3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.
  4. Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial. (sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
  5. Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.
  6. Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.
  7. Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. MyTravelPass akan dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.
    • Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
    • Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.
    • KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
    • Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).
  8. Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.
  9. Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
  10. Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)
sop endemik

TERKINI: Perincian SOP #ReopeningSafely Bagi Setiap Sektor (MKN)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mengumumkan perincian Prosedur Operasi Standard bagi setiap sektor untuk rujukan semua.

Perincian fasa peralihan ke endemik bagi setiap sektor boleh dimuat turun seperti di bawah.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Baca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat

9 Garis Panduan Fasa Peralihan Ke Endemik

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitternya pada 9 Mac 2022 terdahulu memaklumkan 9 garis panduan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalani aktiviti harian fasa Endemik selepas 1 April.

Menurutnya biarpun 9 garis panduan itu tidak dikuatkuasakan tetapi amat digalakkan untuk dipatuhi untuk kekal berwaspada dengan Covid-19.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!