KELONGGARAN SOP PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAM
Ramai yang gembira dengan pengumuman SOP terkini oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Antara yang mejadi tumpuan utama dalam sidang media sebentar tadi adalah pemansuhan SOP pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Namun, mungkin ada yang masih keliru tentang contoh keadaan dan kawasan yang perlu memakai pelitup muka atau tidak.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SOP Pemakaian Pelitup Muka berkuatkuasa 1 Mei 2022.
SOP Pemakaian Pelitup Muka Mulai 1 Mei 2022
WAJIB PAKAI PELITUP MUKA
- Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB ketika berada di dalam bangunan, termasuk pengangutan awam dan kenderaan e-hailing.
- Contoh: Dalam bangunan pejabat, pusat membeli-belah, lif, bilik darjah
TIDAK WAJIB PAKAI PELITUP MUKA (OPTIONAL)
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
- Pemakaian pelitup muka adalah pilihan (optional) apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka, tetapi digalakkan di kawasan yang sesak.
- Individu yang berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka
- Contoh: Di luar rumah atau bangunan pejabat, perhentian bas, taman, padang, laluan pejalan kaki yang terbuka dan jambatan
PELITUP MUKA BOLEH DITANGGALKAN DALAM SITUASI BERIKUT
Pelitup muka boleh ditanggalkan ddi dalam bangunan untuk situasi tertentu seperti:
- ketika makan
- ketika bersenam berseorangan
- ketika memberi ucapan
- ketika membuat persembahan di atas pentas
PEMAKAIAN PELITUP DIGALAKKAN DALAM SITUASI BERIKUT
- Berada di kawasan yang ramai orang dan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium
- Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selesema
- Individu yang berisiko tinggi
- Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas
Untuk melihat senarai penuh kelonggaran SOP terkini yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila rujuk Senarai Kelonggaran SOP Covid-19 Berkuatkuasa 1 Mei 2022 – KKM