SOP Pelitup Muka Terkini 2023 & Tempoh Kuarantin Covid19 KKM

Kerajaan telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai SOP Pelitup Muka Terkini 2023 yang berkuatkuasa 5 Julai 2023.

Pandemik COVID-19 yang lalu menyebabkan kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan orang ramai.

Selari dengan penurunan kes dan kadar peningkatan vaksinasi, maka kerajaan secara beransur-ansur telah melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka.

Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2022 dua lokasi masih diwajibkan pemakaian pelitup muka – pengangkutan awam dan premis kesihatan seperti hospital & klinik.

SOP pelitup muka 2023 tempoh kuarantin covid 2023
Sumber: Dr Zaliha Mustafa

Kelonggaran SOP Pelitup Muka

Kelonggaran SOP pelitup terkini sebelum ini kali terakhir dibuat kerajaan pada April tahun 2022 apabila Malaysia memasuki fasa endemik.

Ketika itu, tiada lagi kewajipan memakai pelitup muka di premis-premis dan tempat-tempat awam namun pemakaian pelitup muka masih digalakkan.

Terbaru, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa telah membuat pengumuman perubahan SOP pelitup muka terkini di mana pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan berkuat kuasa 5 Julai ini.

Perubahan yang dibuat kerajaan ini selari dengan pengumuman Pertubuhan Kesihata Sedunia atau WHO pada 5 Mei lalu bahawa status Covid-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa.

Oleh itu, kerajaan telah membuat semakan semula untuk mengemaskini SOP pelitup muka terkini berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Artikel berkaitan: Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera

Pengurusan Kes Positif Covid-19 & Tempoh Kuarantin Terkini KKM (HSO)

Walau kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP pemakaian pelitup muka pada tahun 2023 ini, pesakit COVID-19 tetap wajib memakai pelitup muka sekiranya mereka berada di kawasan awam dan tempat tumpuan orang ramai.

Bagi orang awam yang tidak positif, COVID-19, mereka tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka mengikut perubahan SOP pelitup muka terkini yang diuumkan ini.

  • Tempoh HSO bagi pesakit Covid-19 adalah 5 hari dari tarikh bermula gejala.
  • HSO akan diberikan melalui MySejahtera.

Langkah-langkah Pencegahan

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di lokasi pengudaraan kurang baik.

Pesakit juga dinasihatkan agar membuat perjalanan yang perlu sahaja, serta mengelakkan perjalanan atau lawatan kumpulan berisiko tinggi selain sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

Artikel menarik: Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan – KKM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!