Solat Sunat Rawatib: Niat & Panduan Solat Sunat Ba’diyyah & Qabliyyah

Solat sunat rawatib merupakan satu ibadah dalam agama Islam yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi mengeringi solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat.

Solat sunat jenis ini berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa kita mengerjakan solat fardhu.

Berikut kami kongsikan kepada anda niat dan panduan menjalankan solat sunat rawatib ini agar ia dapat sama-sama membantu kita dalam menjadi umat Islam yang lebih baik. Jadi untuk mengetahui lebih lagi, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Solat Sunat Rawatib?

Seperti yang dinyatakan di bahagian awal tadi, Solat Sunat Rawatib ini merupakan solat sunat yang dilakukan bagi mengiringi solat fardhu yang dilakukan sebelum dan sesudahnya.

Solat sunat ini dilakukan bagi menyempurnakan segala kekurangan yang terjadi sewaktu kita mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca sewaktu solat fardhu.

Solat sunat ini yang dilakukan sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu pula dikenali sebagai solat sunat ba’diyah.

Jenis Solat Rawatib

Jenis solat sunat Rawatib ini terdiri daripada dua iaitu yang dilakukan sebelum solat fardhu (Qabliyah) dan yang dilakukan selepas solat fardhu (Ba’diyah).

Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan), dan menurut Ummu Habibah R.’ Anha terdapat 12 rakaat solat rawatib mu’akkad sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.

Makna: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.

Sahih Muslim (728)

SOLAT RAWATIB MU’AKKAD

  1. Dua rakaat sebelum Subuh
  2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
  3. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
  4. Dua rakaat selepas Maghrib
  5. Dua rakaat selepas solat Isya’ (Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 284 dan Matla’ al-Badrain, 1/132)

SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD

  1. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) sebelum Zohor
  2. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) selepas Zohor
  3. Empat rakaat sebelum Asar
  4. Dua rakaat sebelum Maghrib
  5. Dua rakaat sebelum Isya (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 285 dan Matla’ al-Badrain, 1/132-133)
Solat sunat rawatib

Niat & Panduan

Bagi anda yang ingin mula mengamalkan solat sunat Rawatib ini, panduan atau kaedah menjalankan solat ini adalah sangat mudah, kerana ia dijalankan sama seperti solat Subuh (2 rakaat) cuma ia dilakukan tanpa membaca doa qunut.

Anda hanya perlu memastikan anda membaca niat di bawah dan mengikut 13 rukun solat di bawah sewaktu menjalankan solat ini, bagi memastikan solat anda sah dari setiap segi:

Rukun Solat

Berikut adalah niat solat sunat ini mengikut waktu solat fardhu yang sesuai (contoh: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, atau Isyak).

solat sunat rawatib
sunat rawatib

Diharapkan dengan panduan ini, ia dapat membantu anda dalam memperbaiki dan menambah baik amalan solat sunat rawatib anda.

Bagi anda yang baru ingin belajar tentang solat sunat ini, anda boleh dapatkan buku Himpunan Solat Sunat: Step by Step bagi menambah pengetahuan anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!