Solat Jenazah: Niat & Panduan Bagi Jenazah Lelaki dan Wanita

Solat Jenazah merupakan satu-satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia yang lain. Solat ini dilakukan ke atas diri seorang muslim yang telah meninggal dunia.

Solat ini merupakan fardhu kifayah, yang bermaksud ia wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat-umat muslim pada waktu itu.

Berikut kami kongsikan kepada anda tentang panduan dan niat melakukan solat ini. Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel bagi mengetahui lebih lagi tentang hal ini.

Apa itu Solat Jenazah?

Solat jenazah merupakan solat yang dilakukan oleh seorang muslim terhadap saudara seagamanya yang telah meninggal dunia, yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat-umat muslim pada waktu itu.

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan solat ini, antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R. Anhuma dimana beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

 مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ

Maksudnya : Tidak ada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut).

Riwayat Muslim (948)

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita sepatutnya tahu dan mempelajari tentang solat ini, agar dapat kita lakukan apabila tiba masanya bagi mengelakkan jatuhnya dosa ke atas kita dan masyarakat.

Rukun Solat Jenazah

Berbeza dengan solat yang lain yang mempunyai 13 rukun di dalamnya, solat jenazah hanya mempunyai 7 rukun sahaja iaitu:

  1. Niat
  2. Berdiri tegak.
    • Solat ini TIDAK ADA rukuk mahupun sujud, dan dilakukan dalam keadaan berdiri.
  3. Takbiratul Ihram
    • Dilakukan sebanyak 4 kali termasuk takbir pertama.
  4. Baca Al-fatihah
  5. Ucap Selawat
  6. Doa kepada Jenazah
  7. Salam

Dapatkan Set Lengkap Pengurusan Jenazah sebagai persediaan pada masa akan datang.

Niat Solat

Niat bagi solat ini berbeza mengikut jantina si mati. Berikut merupakan niat mengikut jantina jenazah yang bersesuaian:

NIAT JENAZAH LELAKI

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala  

Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

NIAT JENAZAH PEREMPUAN

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

NIAT JENAZAH KANAK-KANAK LELAKI

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

NIAT JENAZAH KANAK-KANAK PEREMPUAN

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

Panduan Solat Jenazah

Melakukan solat jenis ini adalah sangat mudah kerana ia tidak mempunyai banyak rukun di dalamnya. Berikut adalah panduan untuk menjalankan solat ini:

  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Berniat dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram.
  3. Membaca Al-Fatihah.
  4. Takbir Kedua.
    • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  5. Takbir Ketiga.
    • Berdoa untuk jenazah
      • Jenazah lelaki.
        • أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
        • Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
      • Jenazah perempuan.
        • اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
        • Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
  6. Takbir Keempat
    • Berdoa untuk jenazah:
      • Jenazah lelaki.
        • للَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ 
        • Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
      • Jenazah perempuan.
        • اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا
        • Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
  7. Memberi salam.
niat cara solat jenazah jakim
Sumber infografik : Lembaga Tabung Haji Official

niat cara solat jenazah jakim

Kedudukan Jenazah, Imam & Makmum

Sama seperti niat, kedudukan jenazah sewaktu menjalankan solat ini berbeza mengikut jantina. Anda boleh lihat rajah di bawah sebagai panduan anda pada masa akan datang:

cara solat jenazah

Maklumat Lanjut

Untuk anda yang mengingikan maklumat yang lebih terperinci tentang pelaksanaan Solat Jenazah ini anda boleh baca buku Panduan Pengurusan Jenazah dan Pusara Orang Islam di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!